• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Ada Jutaan Ringgit, Takkan Nak Tipu Yazit?”

oleh Ahmad Albab
23/05/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada sebab untuk menggelapkan wang milik pemain dram Yazit Ahmad kerana pendapatan sedia ada sudah mencukupi, kata vokalis kumpulan Search.

Amy berkata Yazit harus berhenti melemparkan tuduhan Search tidak memberinya wang deposit konsert kerana sudah menerima banyak manfaat daripada rakan kumpulannya.

“Saya ada jutaan ringgit. Ini apa kes? Saya kawan dia, tak akan nak buat dia begitu?

“Jangan cakap kami penipu, tidak pedulikan dia. Dia bukan hidup sebatang kara nak cakap begitu. Dia ada anak-anak yang sudah besar. Ada adik-beradik.

“Cakap macam tidak ada sesiapa, macam kawan-kawan saja yang ada,” katanya kepada ProjekMMO semalam selepas sidang media membatalkan konsert 30 Ogos ini.

Penyanyi lagu ‘Fantasia Bulan Madu’ itu diminta mengulas dakwaan Yazit tidak menerima bayaran pendahuluan konsert itu, sempena ulang tahun ke-35 Search.

Dalam sidang medianya minggu lepas, Yazit juga mendakwa diabaikan ahli kumpulan itu sepanjang enam tahun menerima rawatan di hospital.

Amy, 57, berkata dakwaan rakannya itu tidak benar kerana kumpulan Search tidak mahu memperlihatkan beliau dalam keadaan sakit kepada umum.

“Saya ada gambar dengan dia di hospital. Saya tidak pernah keluarkan gambar itu kerana saya tidak mahu orang ramai tengok kawan saya dalam keadaan sakit.

“Isteri dia sakit kena batu karang di hospital, isteri saya dan mentua pergi melawat di hospital. Untuk elak bil RM20,000, dia dibawa dari Kuala Lumpur ke Melaka jam dua pagi,” katanya.

Diminta mengulas cadangan Yazit agar satu konsert kebajikan diadakan bagi menampung kos perubatannya, Amy berkata ia bukan satu keperluan.

Katanya, Yazit harus bersyukur masih menjana pendapatan hasil kerja keras ahli-ahli lain Search.

“Kenapa saya nak buat konsert kebajikan untuk dia? Setiap konsert dia dapat duit.

“Masa konsert di Istana Budaya empat malam, dia main empat lagu, dia di atas pentas setengah jam, saya dua jam setengah, saya nyanyi macam hendak mati.

“Dia dapat RM42,000 dengan duit T-shirt RM7,000. Tidakkah dia kena bersyukur? Terima kasih kepada kawan. Kawan yang cari rezeki,” katanya.

Amy, nama glamor Suhaimi Abdul Rahman, berkata pertikaian Yazit terhadap ahli kumpulan Search bukan isu baru, malah dia sendiri tidak disukai sejak awal penubuhan kumpulan itu.

Katanya, Yazit harus bersikap matang seiring dengan usia kumpulan rock legenda itu yang sudah 35 tahun.

“Dia tidak pernah setuju bila Hillary Ang hendak bawa saya masuk Search sejak hari pertama. Sejak itu saya tahu dia tidak suka saya.

“Selama perjuangan saya lapan tahun saman Sony, turun naik mahkamah, dia tidak pernah di situ. Dia sibuk mengata saya di belakang.

“Kita sudah 35 tahun. Umur saya sudah dekat 58 tahun. Kita tidak sepatutnya cakap begini.

“Kalau saya tidak sihat hari ini, katakanlah saya di hospital, dia dapat apa?” soal Amy, yang ditemani Nordin, pemain gitar Search. – THE MALAYMAIL ONLINE

Tags: Amy SearchSearchYazit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jerebu Boleh Diatasi Dengan Pengelolaan Tanah Gambut

Next Post

Piala Thomas 2018: Khidmat Chong Wei Masih Diperlukan

Related Posts

Kostum, Pemegang Mikrofon Amy Search Di Hard Rock Desaru

01/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi rock legenda Amy Search terharu dan berbangga kerana salah satu koleksi kostum dan pemegang mikrofon miliknya...

Amy Search Sampaikan Ucapan Takziah

26/09/2019
0

VOKALIS kumpulan Search, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, menyampaikan ucapan takziah di atas kembalinya pemain drama kumpulan itu,...

Next Post

Piala Thomas 2018: Khidmat Chong Wei Masih Diperlukan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd