• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Sampai Hati Awie Cakap Saya Macam Itu’ – Amy Search

oleh AK-47
25/05/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KONFLIK yang berlaku antara kumpulan Search dan pemain dramnya Yazit Ahmad dilihat bagaikan tiada tanda-tanda bakal terungkai.

Dalam pada ketegangan itu, vokalis Search iaitu Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 57, turut meluahkan rasa kecewanya dengan kenyataan yang dikeluarkan rakan sealiran, Awie berhubung isu Yazit.

'Sampai Hati Awie Cakap Saya Macam Itu' - Amy Search

Menurut Amy, kenyataan Awie yang merupakan vokalis Wing telah melukakan hatinya apabila ibadahnya selaku pemilik tahfiz diperkecilkan.

“Saya kecewalah dan pada saya ia amat melukakan hati saya. Sampai hati dia cakap saya macam itu, sampaikan ibadah saya dipijak-pijak.

“Tapi saya tidak salahkan dia (Awie) kerana dia mungkin dengar dari sebelah pihak sahaja,” jelasnya kepada stesen Astro Awani.

Menerusi laman portal Projek MMO, Awie baru-baru ini tampil bersuara menasihati Amy Search agar memberi perhatian rakan sekumpulannya Yazit yang telah sakit bertahun-tahun.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman turut berkata, Amy selaku pemilik tahfiz tidak wajar mengabaikan rakan dalam kesulitan.

“Kalau saya dalam kumpulan itu, saya akan korbankan sedikit masa untuk menolong. Ini saham akhirat kita. Fikir dekat situ saja.

“Tidak guna kita cerita pasal tahfiz dan jubah tetapi soal akhirat dibuat main macam ini,” katanya ketika diminta mengulas perselisihan di antara Yazit dan ahli-ahli kumpulan Search.

Selain itu, Awie turut berharap agar ahli-ahli Search bermuhasabah dan mengetepikan ego masing-masing kerana pengasas kumpulan rock itu, Yazit sedang sakit dan muzik hanyalah satu-satunya sumber pencariannya.

Terdahulu, Amy ada menafikan dia dan ahli-ahli Search yang lain mengabaikan Yazit sepanjang enam tahun menerima rawatan di hospital.

Konflik antara Yazit dan Amy timbul setelah pemain dram itu mendakwa tidak menerima wang pendahuluan ‘Konsert Search 35 tahun’ sehingga perkara itu dilaporkan ke balai polis. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Amy SearchAwieYazit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mungkin Ini Nama Untuk Anak Anda Di Masa Hadapan

Next Post

Kim K Ucap Romantis Sempena ‘Anniversary’

Related Posts

Kostum, Pemegang Mikrofon Amy Search Di Hard Rock Desaru

01/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi rock legenda Amy Search terharu dan berbangga kerana salah satu koleksi kostum dan pemegang mikrofon miliknya...

Amy Search Sampaikan Ucapan Takziah

26/09/2019
0

VOKALIS kumpulan Search, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, menyampaikan ucapan takziah di atas kembalinya pemain drama kumpulan itu,...

Next Post

Kim K Ucap Romantis Sempena 'Anniversary'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd