• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU Persendirian Yang Dibawa Abdul Hadi Bukan Hudud

oleh Ahmad Albab
27/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembentangan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat semalam bukan merupakan hukum hudud, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ia sebenarnya adalah cadangan pindaan kepada undang-undang sedia ada untuk meningkatkan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan.

“Ada salah faham yang besar apabila Tuan Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang) membawa usul itu. Mereka berpandangan bahawa dia membawa undang-undang hudud (untuk dibentangkan di Dewan Rakyat).

“Ia tiada kena mengena dengan orang bukan Islam. Jadi saya nak terangkan di sini bahawa pindaan itu tidak merupakan undang-undang hudud,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini hari ini.

Katanya, perkara itu telah dimaklumkan kepada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).

Najib mengulas tindakan Timbalan pengerusi MCA Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong, yang juga anggota exco kerajaan negeri, keluar parti susulan pembentangan usul persenditrian itu.

Najib berkata walaupun usul RUU itu telah dibentangkan, namun ini tidak bermakna ia mudah dilaksanakan kerana kelulusannya masih bergantung kepada Majlis Agama Islam negeri, Majlis Raja-Raja serta pindaan undang-undang di Parlimen.

Katanya, dalam hal ini, UMNO juga terikat kepada kesepakatan dalam kalangan parti komponen BN yang lain.

“Prinsip tersebut adalah prinsip yang telah kita terima pakai, apa-apa yang nak dilakukan dalam negara kita, kita mesti fikir kepentingan negara keseluruhannya,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: HududNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd