• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PU Rahmat Tulis Surat Khas Buat Mira Filzah

oleh AK-47
11/05/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEHADIRAN pelakon baharu Mira Filzah dalam industri hiburan tanah air ternyata memberi satu aura berbeza hingga membuatkan ramai terpikat gara-gara kemanisan wajah dan gayanya yang lemah-lembut.

Malah, tidak hairanlah apabila dia baru-baru ini diangkat sebagai pelakon baharu wanita popular menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2015.

mira filzah
Mira Filzah
Mira Filzah
Mira Filzah

Kemenangan pelakon berhijab itu sekali gus mendapat perhatian ramai termasuk Pencetus Ummah (PU) Rahmat.

Di kesempatan itu, PU Rahmat telah mengarang satu surat ditujukan khas buat Mira Filzah.

Kandungan surat itu sememangnya sangat menusuk kalbu. Tak percaya… jom baca!

Surat buat Mira Filzah..

Assalamualaikum Mira Filzah, kenalkan saya PU Rahmat. Tahniah atas kemenangan pelakon baru wanita popular.. Eh skema nya aku.. Huhu

Hukhuk (batuk betulkan suara)… Kita ni sebaya tau Mira Filzah, saja bagitau kita sebaya pada awak (ehh..suka hati je aku panggil awak.. Haha)

Baik, straight to the point… Saya kompem untuk awak yang berusia 23 tahun mencapai artis baru popular merupakan satu pengalaman manis .. Mabruk ..

Saya pun ada pengalaman manis nak dikongsi, awak baca ea.. (Fuh ..Debarnya)

Tahun ini saya menjumpai sepasang mata yang bercahaya dan sebuah senyuman yang sangat manis.

 PU Rahmat bersama anak Syria
PU Rahmat bersama anak Syria
 PU Rahmat bersama anak Syria
PU Rahmat bersama anak Syria

Mata dan senyuman itu milik seorang anak Syuria (Syria).. Saya berpeluang ke Kem Pelarian Mangsa perang Syria.

Di sana kan mira, kami Buat BBQ dan agihkan quran buat mereka, ada yang menangis melihat Al-Quran kerana sudah lama tidak melihatnya, kami pun turut sebak kerana kami yang melihat Quran depan mata tapi gagal berdamping dengan Al-Quran.

Malam musim sejuk tu, kami buat BBQ dan mereka punya excited sampai mengelilingi kami berjam jam.

Awatnya berjam jam? Silap kami la buat BBQ musim sejuk, api tak naik naik.. Haha nilah padah tak pernah hidupkan api musim sejuk.. Yola malaysia mana ada salji..

Malam tu kami nampak senyuman yang mendamaikan jiwa dari anak anak syuria, mereka gembira kerana sudah berbulan bulan tak makan ayam apatah lagi daging.

Kami pun jadi gembira!! Bahagia itu hadir apabila membahagiakan orang lain..

Mira, masih ramai lagi Orang Malaysia yang belum cakna kesengsaraan manusia khususnya Muslim yang lain..

Rohingya, Kashmir, Afrika, Syuria, Palestin apatah lagi di dalam Malaysia..

So panjang panjang cerita ni tema besarnya ialah sebuah harapan.. ^^

Harapannya untuk Mira terima saya.. Ehhh bukan bukan (saja buat saspen supaya korang baca).

Harapannya buat semua artis muda khususnya Mira Filzah untuk sama sama memanfaatkan populariti bagi sebuah gelombang kebajikan dan kemanusiaan.

Jika umur Mira panjang, awak akan terus mendaki kepuncak tetapi ada satu fakta bahawa sebelum awak ke puncak ... Ada ramai artis sudah berada di puncak hari ni.. dan mereka sudah memulakan gelombang kebajikan dan kemanusiaan.

Contohnya; Angelina Jolie, abang Noh Hujan, abang Faizal Tahir dan Kak Miss Nina.. ramai lagi senarai..

Persoalannya? Adakah Mira dan saya yang berusia muda sempat berada di puncak seperti mereka? Entah entah meninggal dunia pada usia muda… Fuhh sorry ya awak bawak cerita mati..

Jadi kita kena pecut seratus meter laju-laju dalam amal kebaikan.. Gogogo!

Moga Mira termasuk salah seorang yang membawa gelombang kebajikan dan kemanusiaan..

Pecah kaca pecah peti Ais,
Lepas baca share ya gauss!

Sudah 400 ribu kematian sepanjang perang Syria..

Moga surat ini sampai kepada rakyat Malaysia dan turut bersama menjadi gelombang Kebajikan dan kemanusiaan.

Assalamualaikum Dunia.. Marilah semua..

Tabung Syiria
MAYBANK -DANA MAPIM
558220605312

Surat buat Mira Filzah ini khabarnya telah mendapat lebih 15,000 likes dan 3,785 shares selepas dimuat naik oleh PU Rahmat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mira FilzahPU Rahmat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dibogelkan 3 Kali – PU Rahmat Dedah ‘Ketakutan Melampau’ Israel

Dibogelkan 3 Kali – PU Rahmat Dedah ‘Ketakutan Melampau’ Israel

06/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Lima sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) mendedahkan detik hitam ketika berada dalam tahanan...

Mira Filzah Hamil Cahaya Mata Sulung

21/01/2022
0

PETALING JAYA : Pelakon dan pengacara, Mira Filzah sedang hamil cahaya mata sulung. Khabar gembira tersebut dikongsikan suami tercintanya, Wan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd