• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Sarawak: Proses Pengundian Bermula 8 Pagi

oleh Ahmad Albab
07/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kesemua 1,754 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) dibuka mulai 8 pagi ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata pusat pengundian itu akan ditutup pada 5 petang kecuali beberapa pusat pengundian ditutup lebih awal bermula 9 pagi mengikut lokasi dan jumlah pengundi di sesuatu kawasan.

Pusat pengundian melibatkan sekolah, dewan orang ramai, rumah panjang dan stadium tertutup.

Sebanyak 1,085,087 pemilih berdaftar layak mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka di 80 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengundian hari ini tidak melibatkan DUN Bukit Kota dan Bukit Sari yang dimenangi Barisan Nasional (BN) tanpa bertanding oleh penyandang kedua-dua kerusi berkenaan iaitu Dr Abdul Rahman Ismail dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan pada hari penamaan calon 25 April lepas.

Terdapat 24,604 pengundi awal terdiri daripada anggota pasukan keselamatan serta pasangan yang melaksanakan tanggungjawab mereka Selasa lepas.

Pilihan raya kali ini diadakan susulan pembubaran DUN Sarawak pada 11 April, dengan menyaksikan tambahan 11 kerusi baharu, menjadikan DUN itu kini mempunyai 82 kerusi.

Jabatan Meteorologi Sarawak meramalkan cuaca mendung dan hujan pada sebelah pagi di beberapa kawasan di Sarawak, termasuk di bahagian Betong, Sarikei, Mukah, Bintulu, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang.

Jurucakap jabatan itu berkata pada sebelah petang, ribut petir dan hujan dijangka berlaku di satu dua tempat di semua kawasan, manakala pada waktu malam, hujan dijangka di beberapa tempat di bahagian Bintulu dan Kapit. – BERNAMA

Tags: PRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Sertai Jemaah Solat Jenazah Allahyarham Noriah

Next Post

Nahas Helikopter: Mayat Kedua Ditemui

Related Posts

GPS Menang Besar Di Mulu, Kuasai 76 Dari 82 Kerusi DUN

19/12/2021
0

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengesahkan keputusan pilihan raya bagi DUN Mulu dengan kemenangan milik Gabungan Parti Sarawak (GPS). Ia...

Abang Johari Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak Ketujuh

18/12/2021
0

PETRA JAYA: Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ketujuh, selepas Gabungan Parti...

Next Post

Nahas Helikopter: Mayat Kedua Ditemui

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd