• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Sungai Besar Penentu ‘Kekuatan’ PAS Dan PAN

oleh Ahmad Albab
25/05/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SABAK BERNAM – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada Jun ini dilihat sebagai penentu ‘kekuatan sebenar’ antara Parti Amanah Negara (PAN) dan PAS, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu berkata walaupun PAN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengetahui kawasan Sungai Besar adalah kerusi tradisi PAS, namun perkara tersebut dinafikan, malah menunding jari dengan mendakwa PAS tidak lagi mendapat sokongan rakyat.

Ahmad Shabery berkata jika PAS, yang mempunyai keanggotaan tertinggi di kawasan itu memberi laluan kepada rakan pembangkang lain bertanding, PAS sekali lagi akan dilabel sebagai ‘kuda tunggangan’.

“Jika ini berlaku, PAS yang pasang poster teruk-teruk, kempen sana sini, tapi nikmat kemenangan dikecapi orang lain. Malah, mereka (PAS) sekali lagi akan dilupakan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, ini adalah masanya untuk PAS dan PAN membuktikan parti mana lebih kuat dan mempunyai ramai pengikut serta boleh dijadikan panduan oleh kedua-dua parti pada masa depan.

“Pada hemat saya, kalau kedua-dua parti bertanding pun bagus, sebab semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak pun sudah terbukti percaturan pembangkang kurang cerdik,” katanya.

Ahmad Shabery berkata jentera Barisan Nasional (BN) sentiasa bersedia untuk berjuang mengekalkan kemenangan di kawasan itu sejak tiga penggal lepas.

Katanya, apa yang penting untuk sesebuah parti politik adalah kebijaksanaan dan keupayaan pemimpinnya dalam menyatukan masyarakat.

PRK Parlimen Sungai Besar akan diadakan pada 18 Jun ini dengan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun, manakala pengundian awal pada 14 Jun.

Kekosongan kerusi parlimen itu berikutan penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lepas. – BERNAMA

Tags: AmanahPASPRK Sungai Besar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kini bukan masa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd