• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar: UMNO Sudah Sedia

oleh Ahmad Albab
10/05/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – UMNO sudah mengenal pasti beberapa individu berpotensi untuk disenaraikan sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata itu antara persiapan awal dilakukan ibu pejabat parti itu selain melihat senarai pengundi, kawasan, demografi dan komposisi kaum di kedua-dua kawasan tersebut.

“Kita akan berikan maklumat awal ini kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dijangka pada hujung bulan ini untuk diperbincangkan,” katanya mengulas mengenai persiapan parti itu berhadapan pilihan raya kecil di kedua-dua kerusi Parlimen tersebut.

Penyandang kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad masing-masing maut dalam nahas helikopter di Sarawak, Khamis lepas.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini, Tengku Adnan berkata walaupun perasaan sedih masih menyelubungi seluruh anggota parti, UMNO selaku sebuah parti politik perlu sentiasa bersedia menghadapi segala cabaran, termasuk berdepan pilihan raya kecil.

“Mengenai peluang, saya percaya kedua-dua kerusi ini jika dipertandingkan akan kekal atau kembali semula kepada Barisan Nasional (BN),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan berkata Lembaga Disiplin UMNO telah menyerahkan laporan siasatan kes disiplin melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir untuk pertimbangan Majlis Tertinggi. – BERNAMA

Tags: Tengku Adnan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Rasuah Tengku Adnan: PH Kecewa Keputusan Peguam Negara

22/11/2021
0

KUALA LUMPUR : Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyatakan rasa terkejut dan kecewa susulan keputusan Peguam Negara yang membatalkan rayuan...

Ku Nan Cuti Sakit, Prosiding Bela Diri Tangguh

20/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Prosiding membela diri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap pertuduhan menerima suapan RM2 juta daripada seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd