• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prestasi Pengurusan Kewangan Agensi Tahun 2015 Lebih Baik

oleh Ahmad Albab
18/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Prestasi pengurusan kewangan agensi bagi tahun 2015 adalah lebih baik dengan 180 kementerian, jabatan dan agensi mendapat penarafan cemerlang lima bintang berbanding 114 pada 2014.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata pencapaian yang ketara ini menunjukkan pelaksanaan Indeks Akauntabiliti telah memberi dorongan kepada pegawai pengawal untuk mengambil tindakan penambahbaikan terhadap pengurusan kewangan.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan berhubung tiga laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Parlimen hari ini setelah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Laporan-laporan itu ialah Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2015; Pengurusan Kewangan Tahun 2015 Bagi Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri; dan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 1 Mengenai Aktiviti Bagi Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri.

Ambrin berkata bagi Siri 1, sebanyak 70 pengauditan prestasi dan 18 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan telah dilaksanakan di peringkat Persekutuan dan negeri.

Pengauditan yang dilaksanakan merangkumi bidang program, pembinaan, penyenggaraan, perolehan, pengurusan, hasil dan pengurusan syarikat, katanya.

Menyentuh mengenai prestasi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan, secara keseluruhannya pada 2015, ia berkurangan sebanyak RM1.537 bilion (0.7 peratus) berbanding tahun 2014.

Kutipan cukai pendapatan individu pula menunjukkan peningkatan sejumlah RM1.899 bilion dan kutipan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu RM27 bilion.

Bagaimanapun, pengurangan hasil cukai pendapatan petroleum, cukai pendapatan syarikat dan royalti petroleum, masing-masing sebanyak RM15.397 bilion, RM1.560 bilion dan RM1.389 bilion telah menyumbang kepada pengurangan hasil Kerajaan Persekutuan pada 2015.

Menurut Ambrin, kandungan dan sinopsis ketiga-tiga laporan ini boleh dilayari di Laman Web Jabatan Audit Negara di http://www.audit.gov.my mulai hari ini dan sebarang pertanyaan lanjut boleh dialamatkan kepada Warkah Untuk Ketua Audit Negara.

Selain itu, satu sesi townhall bersama media mengenai laporan itu akan diadakan pada 24 Mei di Putrajaya yang akan dihadiri oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian. – BERNAMA

Tags: Jabatan Audit Negara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hutang Negara RM1.021 Trilion

14/10/2019
0

SHAH ALAM - Laporan Ketua Audit Negara 2018 mengesahkan bahawa kedudukan keseluruhan hutang awam dan komitmen kewangan kerajaan adalah berjumlah...

PAC Bentang Laporan Kolej Tentera Udara, Projek Air

14/11/2017
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen telah mendapatkan penjelasan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan pada 15 Mac...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd