• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pramugari Egypt Air Kongsi ‘Firasat’ Sebelum Ajal Di FB

oleh Cj Mnh
12/11/2021
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIADA siapa yang mahu meninggal dunia dalam keadaan mengerikan lagi tragis.

Namun, seorang pramugari yang maut dalam nahas pesawat EgyptAir baru-baru ini seakan-akan tahu nasib kematiannya sendiri, apabila memuat naik gambar pesawat terhempas di laut menerusi laman sosial, dua tahun lalu.

Samar Ezz Al Deen, 27, memuat naik gambar tersebut melalui laman Facebooknya pada September 2014, iaitu selepas empat bulan dia memulakan tugas di syarikat penerbangan kebangsaan Mesir itu.

Pramugari

Gambar tersebut jelas menunjukkan seorang pramugari berjalan atas air dengan pakaian basah kuyup sambil menarik bagasi. Sementara di belakangnya kelihatan sebahagian badan sebuah pesawat terhempas di lautan.

Menurut laman Gulf News, rakan Samar yang dikenali sebagai Tamer Abdou turut menulis, gambar tersebut dilihat dimuat naik di Facebook pramugari tersebut sebanyak empat kali.

“Beliau mempunyai firasat akan meninggal dunia dengan cara begini,” komennya.

Seorang netizen pula menulis: “Saya banyak kali mendengar bahawa seseorang akan mempunyai firasat sebelum meninggal dunia. Dia bagaikan dapat merasakan nasib yang akan menimpa.

“Semoga Allah merahmati arwah dan memberi ketenangan kepada keluarganya.”

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Apa yang menyedihkan, Samar dilaporkan baru mendirikan rumah tangga 10 bulan lalu.

Pesawat EgyptAir MS804 yang membawa 66 penumpang dan anak kapal termasuk Samar, terhempas di Laut Mediterranean dalam perjalanan dari Paris, Perancis ke Kaherah, pagi Khamis minggu lalu.

Cebisan mayat, serpihan dan barangan peribadi penumpang dilaporkan terapung-apung di lautan yang menjadi lokasi kemalangan . – MYNEWSHUB.CC

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keluarga Rayu Saksi Tampil Bela Kematian Amirul

Keluarga Rayu Saksi Tampil Bela Kematian Amirul

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Lebih 50 hari berlalu sejak tragedi meragut nyawa Muhammad Amirul Shafiq Abdullah, 20, namun keluarganya terus menunggu keadilan...

Suspek Bunuh Teman Wanita Sudah Sedar, Namun Tindak Balas Perlahan

Suspek Bunuh Teman Wanita Sudah Sedar, Namun Tindak Balas Perlahan

31/01/2026
0

BATU PAHAT: Suspek lelaki yang kritikal selepas mengelar leher dan pergelangan tangan sebaik disyaki membunuh teman wanitanya di sebuah rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd