• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Popov Ganti Devan Kendali Skuad Bola Sepak Kelantan

oleh Ahmad Albab
12/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas pengendali pasukan kebangsaan Maldives, Velizar Emilov Popov dilantik menjadi ketua jurulatih baharu bagi Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman pelantikan itu dibuat presidennya Tan Sri Annuar Musa dalam satu sidang media tergempar di sini hari ini.

Pelantikan jurulatih yang berasal dari Bulgaria itu adalah bagi menggantikan pengendali sebelum ini, K. Devan yang meletak jawatan semalam.

“Devan telah berbincang dengan saya dalam beberapa minggu sebelum ini mengenai hasrat beliau untuk meletak jawatan. Beliau mahu berundur secara baik dan saya hormati permintaan beliau,” kata Annuar.

Menurutnya, Devan telah lama menyuarakan hasrat untuk meletak jawatan tetapi telah menangguhkannya.

Mengenai pemilihan Popov sebagai pengendali baharu, Annuar berkata pihak KAFA bersetuju menggunakan khidmat Popov memandangkan beliau mempunyai banyak pengalaman memimpin kelab profesional Asia.

“Beliau mempunyai banyak pengalaman antarabangsa. Beliau juga yang melatih Ali Ashfaq (pemain Maldives dalam pasukan bola sepak PDRM) dan banyak pemain-pemain Asia yang lain.

“Sebenarnya kami sudah lama kenal … sudah dua atau tiga tahun dulu dan kami sentiasa berhubung. Jadi bila saya terangkan rancangan saya, dia bersedia menawarkan khidmat menggantikan Devan,” kata Annuar.

Selain pasukan kebangsaan pasukan Maldives, antara kelab bola sepak yang pernah dikendalikan Popov ialah Cherno More (Bulgaria), New Radiant (Maldives), Sur Sports Club (Oman) dan Suphanburi (Thailand).

Popov akan berangkat ke Kalantan malam ini bagi memulakan tugas untuk mempersiapkan pasukan untuk menentang Selangor minggu hadapan dan satu perlawanan berikutnya.

Sementara itu, Popov, 40, ketika ditanya mengenai tugasnya itu berkata beliau akan menilai prestasi pemain selepas dua perlawanan itu selesai sebelum membuat sebarang perubahan.

“Ia merupakan satu tugas besar. Kelantan merupakan satu daripada pasukan kuat dalam Liga Malaysia. Saya sudah bersedia sepenuhnya dan akan cuba membantu pasukan untuk menang pada musim ini.

“Saya akan cuba yang terbaik (untuk Kelantan) memenangi trofi. Ia satu tanggungjawab besar dan semuanya mungkin untuk memenangi piala. Mereka mempunyai potensi besar,” kata Popov, yang menerima tawaran itu dua hari lepas.

Bagaimanapun, beliau mengakui agak sukar untuk membuat perubahan besar terhadap barisan pemain pasukan walaupun terdapat peluang untuk pasukan membuat perubahan dalam tempoh pengambilan pemain baharu untuk pertengahan musim Liga-M. – BERNAMA

Tags: TRW
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kucing Mati Diikat Pada Tiang Lampu Di Klang

Next Post

PAS Kelantan Nafi Wujud Perpecahan Selepas Husam Dipecat

Related Posts

Piya ‘Angkat Kaki’ Tinggalkan Pasukan Kelantan

09/04/2019
0

KOTA BHARU - Pemain Kelantan Mohd. Badhri Mohd. Radzi membuat keputusan mendahului Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) selepas memutuskan meninggalkan...

Kelantan Masih Intai Jurulatih Tempatan Untuk Isi Kekosongan

19/12/2018
0

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) masih meneliti calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan ketua jurulatih pasukan...

Next Post

PAS Kelantan Nafi Wujud Perpecahan Selepas Husam Dipecat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd