• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Seremban Tumpas Sindiket Sijil Cuti Sakit Palsu

oleh Ahmad Albab
27/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Bahagian Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menumpaskan sindiket penggunaan sijil cuti sakit palsu dengan tertangkapnya sembilan suspek termasuk dua wanita dan empat penjawat awam minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki berkata pada 18 Mei, pihak polis menerima maklumat atas keraguan sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh sebuah klinik di Seremban.

“Ekoran itu laporan dibuat dan kami menyiasat tiga lelaki yang menggunakan sijil cuti sakit palsu.

“Hasilnya kami menangkap seorang lelaki berumur 35 tahun yang bekerja sebagai atendan letak kereta di sebuah syarikat swasta dan kami mengesan seorang lagi lelaki berusia 36 tahun di Setapak, Kuala Lumpur yang membekalkan sijil cuti sakit palsu ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Polis merampas tujuh helai sijil cuti sakit palsu dari pelbagai hospital dan klinik daripada lelaki itu dan siasatan masih diteruskan serta pihak polis percaya masih ada lagi suspek yang terlibat dalam kegiatan tersebut.

“Siasatan mendapati kegiatan ini telah pun berlaku sejak tahun 2010 lagi. Dalam tangkapan ini ia turut melibatkan empat penjawat awam iaitu tiga yang bertugas di Negeri Sembilan dan seorang di Putrajaya. Mungkin lepas ini, kami akan dapat banyak lagi pendedahan mengenai perkara ini,” katanya.

Muhamad Zaki berkata ekoran itu juga, pada 25 Mei lepas pihak polis membuat serbuan di sebuah rumah di Paroi di sini dan menahan sepasang suami isteri berusia 33 dan 29 tahun.

“Dalam rumah tersebut kami menemukan tujuh buku sijil cuti sakit palsu dan merampas enam keping sijil cuti sakit palsu dan 15 cap pelbagai klinik dan doktor yang mengeluarkan sijil cuti sakit palsu.

“Kami turut menahan dua pelanggan termasuk seorang wanita, yang datang ke rumah itu untuk membeli sijil cuti sakit palsu ini semasa kami membuat pemeriksaan. Siasatan awal mendapati sijil ini dijual dalam harga RM20 dan RM25 sekeping,” katanya. – BERNAMA

Tags: palsu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

23/02/2026
0

Kuantan: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai...

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

13/11/2025
0

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan anugerah kehormatan dan gelaran istiadat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd