• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Berkas Mat Rempit Rempuh Polis Di Kemaman

oleh Ahmad Albab
09/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Polis berjaya menahan seorang mat rempit yang dipercayai merempuh anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Kemaman dalam kejadian Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim berkata pemuda yang berusia 24 tahun itu tampil menyerah diri kira-kira pukul 4 petang sehari selepas kejadian tersebut.

Katanya pihaknya turut merampas motosikal jenis Yamaha 125z yang ditunggang suspek ketika insiden itu.

“Kita sedang melakukan siasatan lanjut berhubung insiden itu dan suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.55 pagi itu, Lans Koperal Mohd Daud Abd Shukor, 27, cedera selepas dirempuh seorang mat rempit ketika melakukan rondaan bersama dua lagi rakannya.

Mohd Said berkata pihaknya juga tidak menolak kemungkinan suspek yang berasal dari Kuala Kemaman itu terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal di daerah berkenaan dan dia juga positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya kes akan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu/menunggang dengan melulu dan berbahaya sehingga mendatangkan kecederaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbaya kerana positif dadah. – BERNAMA

Tags: anggota polisMat Rempit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

Dua Anggota Polis Didakwa Esok Terbabit Kes Peras Ugut

Dua Anggota Polis Didakwa Esok Terbabit Kes Peras Ugut

20/10/2025
0

BALING: Dua anggota polis yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pemerasan terhadap seorang lelaki yang meninggal dunia akibat serangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd