• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Umum Peruntukan RM78 Juta Bina Pasar Payang Baharu

oleh Ahmad Albab
23/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM78 juta daripada kerajaan pusat bagi pembinaan Pasar Besar Kedai Payang yang baharu di sini.

Najib berkata projek yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu dijangka siap pada tahun 2018.

Katanya, projek berkenaan adalah bagi menggantikan pasar sedia ada yang dilihat semakin uzur dan pada masa sama memberi keselesaan kepada para peniaga dan pengunjung.

“Dengan pelaksanaan projek ini, ia dapat memberi keselesaan kepada para peniaga (dan pengunjung) dan saya yakin ia akan menjadikan industri pelancongan (Terengganu) akan lebih maju (pada masa depan),” katanya.

Najib berkata demikian selepas melakukan tinjauan ke pasar itu sempena lawatan kerja sehari beliau ke negeri ini, hari ini.

Turut mengiringi beliau pada lawatan selama sejam itu ialah Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman, barisan exco kerajaan negeri dan pegawai jabatan dan agensi kerajaan negeri dan pusat.

Terdahulu, lebih 10,000 penduduk sekitar Kuala Terengganu serta peniaga di Pasar Besar Kedai Payang menyambut kedatangan beliau yang tiba pada pukul 9.15 pagi tadi.

Najib turut berkesempatan membeli keropok lekor, bersarapan dan beramah mesra bersama orang ramai di pasar yang menjadi tumpuan pelancong di negeri ini.

Beliau kemudian meluangkan masa selama 30 minit bersama masyarakat Cina di Kampung Cina yang terletak berdekatan pasar berkenaan.

Najib kemudian bergerak menuju Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi merasmikan program Ijtimak Pondok. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakpasarTerengganu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Hasutan Rahim Thamby Chik Dibicara 20 Sept

Next Post

Polis Kesan, Pantau Pergerakan Zainuri

Related Posts

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

Next Post

Polis Kesan, Pantau Pergerakan Zainuri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd