• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Thomas: Malaysia Tewas Kepada Denmark

oleh Ahmad Albab
21/05/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUNSHAN (China) – Malaysia gagal untuk sekurang-kurangnya menyamai pencapaian dua tahun lalu apabila terkandas di separuh akhir Piala Thomas selepas tewas kepada Denmark 2-3 di Pusat Sukan Kunshan, sebentar tadi.

Perlawanan yang berlangsung sehingga aksi penentuan selepas terikat 2-2 membabitkan perseorangan ketiga menyaksikan Chong Wei Feng gagal menyumbangkan mata kemenangan buat skuad negara apabila tewas di tangan Emil Holst 15-21, 18-21.

Terdahulu, Malaysia mendahului 2-0 hasil kemenangan jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei ke atas Viktor Axelsen 23-21, 21-18 dan beregu, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang mengatasi Mathias Boe-Mads Conrad Petersen 21-18, 21-18.

Bagaimanapun, perseorangan kedua negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin gagal memberi mata kemenangan awal apabila tewas kepada Hans Kristian Vittinghus 18-21, 18-21.

Denmark berjaya menyamakan kedudukan 2-2 apabila beregu mereka, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen menewaskan pasangan negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong 10-21, 21-8, 21-13 sekali gus memaksa perlawanan ditentukan pada aksi penentuan.

Harapan tinggi untuk Wei Feng menyumbang mata kemenangan buat Malaysia jelas memberi tekanan kepada pemain berusia 29 tahun itu apabila tewas kepada Holst.

Kemenangan ke atas Malaysia menyaksikan Denmark bakal membuat perhitungan dengan Indonesia di pentas final, Ahad ini.

Indonesia mara selepas menewaskan Korea Selatan 3-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir. – Berita Harian

Tags: Piala Thomas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Padam Impian Malaysia Ke Final Piala Thomas

China Padam Impian Malaysia Ke Final Piala Thomas

04/05/2024
0

MALAYSIA perlu menunggu 34 tahun lagi untuk kembali memberi cabaran perebutan kejuaraan Piala Thomas apabila ditunjukkan jalan keluar setelah tumpas...

China Rangkul Piala Thomas Buat Kali Ke-10

28/05/2018
0

BANGKOK – China merangkul kejuaraan Piala Thomas buat kali ke-10 selepas berjaya menjinakkan Jepun 3-1 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd