• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat Terbesar Di Dunia Akan Singgah KLIA Sabtu Ini

oleh AK-47
12/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PESAWAT komersial terbesar di dunia, Antanov 225 bakal mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang, Selangor pada jam 8 pagi, Sabtu ini.

Menurut laporan media antarabangsa, pesawat tersebut singgah sementara di Malaysia untuk mengisi minyak sebelum menyambung perjalanan.

Sebelum ia singgah di KLIA, pesawat jumbo yang dibina pada 1988 lalu itu dilaporkan terlebih dahulu akan singgah di India dan Turkmenistan.

Juga disebut sebagai Mriya yang bermaksud impian dalam bahasa Ukraine, pesawat An 225 itu pernah digunakan tentera era komunis bekas Kesatuan Soviet.

Hanya terdapat sebuah sahaja An 225 buatan Ukraine itu yang dilengkapi dengan enam enjin jenis turbofan, 42 tayar dan mempunyai berat 640 tan.

Mampu terbang pada kelajuan maksimum 850 kilometer sejam, tangki minyaknya sahaja 300,000 kilogram dan panjang sayap pesawat ini 88 meter.

Dengan saiz sebesar itu, KLIA dianggap lokasi paling sesuai untuk persinggahan julung kali itu berbanding Changi, Singapura atau Jakarta, Indonesia.

Destinasi terakhir pesawat dikendalikan Antonov Airlines itu ialah di Perth, Australia bagi menghantar generator elektrik seberat 117 tan. – MYNEWSHUB.CC

2

3

4

1

Tags: KLIApenerbanganpesawat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Saya Bukan Pengganas’ – TMJ Dedah Talian Telefon Dicuri Dengar

Next Post

186,000 Anggota RELA Terlibat Jenayah, Masalah Disiplin

Related Posts

Lelaki Ditahan Cuba Seludup Empat Ungka Tangan Hitam Di KLIA

Lelaki Ditahan Cuba Seludup Empat Ungka Tangan Hitam Di KLIA

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup keluar empat haiwan eksotik disyaki ungka tangan hitam, sejenis terancam digagalkan dalam pemeriksaan...

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

28/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Jabatan Imigresen ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan membawa masuk warga asing tanpa menjalani pemeriksaan di...

Next Post

186,000 Anggota RELA Terlibat Jenayah, Masalah Disiplin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd