• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawah Mahu PBAPP Henti Lepas Air Ke Laut

oleh Ahmad Albab
07/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Sekumpulan pesawah di kawasan Seberang Perai Utara (SPU) mahu kerajaan negeri dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengambil tindakan segera agar tidak terus melepaskan air Sungai Muda di empangan Rantau Panjang, Penaga di sini ke laut.

Wakil pesawah Abdul Rahim Mohd Nordin, 64, mendakwa tindakan PBAPP itu bukan sahaja membazir malah merugikan pesawah kerana air dilepaskan ke laut tanpa disalurkan dan dibekalkan kepada kawasan sawah di sekitar SPU.

“Sejak lima tahun lepas, air dari empangan itu dilepaskan terus ke laut tanpa dibekalkan kepada pesawah untuk mengusahakan tanaman padi dan kami telah beberapa kali memaklumkan masalah ini kepada PBAPP dan kerajaan negeri.

Yang terbaru dua bulan lepas saya sendiri telah berjumpa dengan Dr Afif Bahardin (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri) untuk membantu kami, ” katanya kepada pemberita selepas menyertai kira-kira 200 pesawah mengadakan perhimpunan aman di kawasan empangan Rantau Panjang, di sini hari ini.

Abdul Rahim mendakwa Dr Afif berjanji kerajaan negeri akan membantu mereka tetapi sehingga hari ini tiada apa-apa yang dilakukan.

Anggota Jawatankuasa Bertindak Perhimpunan itu Suhaidi Hashim, 53, yang juga petani berkata sehingga hari ini kira-kira 5,000 petani membabitkan 6,000 hektar sawah di kawasan SPU masih belum menanam padi kerana tidak mendapat bekalan air berikutan cuaca panas sejak awal tahun.

Katanya, cadangan kerajaan negeri supaya petani di SPU menanam padi cara serak tabur bagi mengatasi masalah air juga tidak dapat dilakukan kerana hujan telah mula turun sejak awal bulan ini dan menyebabkan tanah menjadi lembab.

“Jika PBAPP tidak membazir dengan melepaskan air terus ke laut dan membenarkan kami mengepam air masuk ke kawasan sawah, ia dapat membantu kami menanam padi dengan lebih cepat,” dakwanya.

Beliau mendakwa jika masalah bekalan air itu tidak diatasi bulan ini, para pesawah tidak dapat menanam padi untuk musim ini kerana telah terlepas tempoh penanaman padi dan hanya boleh menanam pada musim akan datang iaitu Disember depan.

Suhaidi berkata masalah itu akan merugikan petani kerana mereka tidak mempunyai pendapatan hasil dari sawah dan berharap pihak-pihak yang bertanggungjawab dapat melakukan sesuatu untuk membantu pesawah di sini.

Sementara itu, seorang lagi pesawah Koo Ah Chia, 54, berkata sepatutnya PBAPP dan kerajaan negeri perlu membuat perancangan berhubung pengurusan air di Sungai Muda dan empangan Rantau Panjang berkenaan bagi memudahkan semua pihak terutama pesawah di kawasan itu.

“Kawasan empangan itu tidak jauh dengan empangan Syarikat Air Darul Aman (SADA) di Kota Kuala Muda, Kedah tetapi pesawah di sana tidak menghadapai masalah bekalan air kerana SADA tidak melepaskan air terus ke laut sebaliknya membekalkan kepada kawasan penanaman padi di sekitar situ,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pulau Pinangsawah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Selamat, Lori Terbabas Masuk Bendang Di Jalan Kampung Naga, Jitra

Pemandu Selamat, Lori Terbabas Masuk Bendang Di Jalan Kampung Naga, Jitra

16/12/2025
0

JITRA, Kedah – Seorang pemandu lori dilaporkan selamat selepas kenderaan dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam bendang sawah di Jalan...

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

13/11/2025
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak gentar biarpun terpaksa berdepan laluan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd