PERMAINAN kiub rubik Lego yang begitu digemari oleh kanak-kanak di seluruh dunia dilaporkan sejak akhir-akhir ini semakin berunsur ‘ganas’, menurut satu kajian terbaharu.
Penyelidik di Universiti Canterbury, New Zealand mendapati syarikat Lego semakin menerapkan unsur senjata disebabkan ingin kekal relevan dengan peredaran masa, selain menarik perhatian golongan kanak-kanak.
Mereka turut membuat kajian terhadap jenis Lego dari keluaran 1974 sehingga tahun 2015, dan merumuskan lebih 40 peratus daripada pek kotak permainan itu telah dilabel mengandungi unsur tembak-menembak.

Ini secara tidak langsung membuatkan kanak-kanak yang bermain Lego untuk tempoh beberapa tahun, didapati lebih cenderung untuk berkelakuan ganas terhadap orang lain.
Lantas keputusan kajian tersebut agak membimbangkan segelintir golongan ibu bapa yang dilihat seakan-akan paranoid dengan perubahan sikap anak-anak mereka.
Lego yang dicipta seorang tukang kayu dari Denmark, Ole Kirk Christiansen pada 1949 lalu mengalami evolusi daripada berbentuk brick duplo kepada figura mini sejak 1978.
Apa-apa pun, ini hanyalah kajian penyelidik yang belum seratus peratus terbukit benar, dan ibu bapalah yang memainkan peranan untuk mendidik anak mereka agar menjadi insan yang tidak cenderung kearah keganasan. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Mediacorp

