• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjaga Kedai Komputer Didakwa Samun Wartawan

oleh Ahmad Albab
10/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penjaga kedai komputer mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan samun berkumpulan terhadap seorang wartawan portal, bulan lepas.

K. Rajandran, 40, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, didakwa melakukan kesalahan itu menggunakan pisau dan merampas seutas rantai emas serta wang tunai RM30 milik wartawan lelaki portal Mobilogic, V. Moganraj, 25, di Jalan Tun Sambathan, Brickfields, di sini, pada 8 pagi, 1 April lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Fadhly Mohd Zamry tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin, namun, Rajandran yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah memberikan jaminan yang minimum kepadanya.

Hakim Azman Mustapha tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana penjamin tidak hadir ke mahkamah dan menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Di mahkamah sama, seorang penjaga parkir, Muhammad Ariffin Abdullah, 22, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merompak sekeping kad pengenalan, sebuah telefon bimbit jenama Samsung, dua keping kad ATM, seutas jam tangan dan sebentuk cincin emas milik seorang pelayan restoran, Nurmashuda Yahaya, 26, dengan bersenjatakan pisau.

Muhammad Ariffin didakwa melakukan kesalahan itu di lorong pejalan kaki tepi Sungai Kelang arah ke tren Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Jelatek, di sini, pada 6.30 pagi, 21 Okt tahun lepas.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu didakwa mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak menetapkan sebarang jaminan terhadap tertuduh kerana penjamin tidak hadir dan menetapkan 20 Mei ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: kes samunwartawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Wartawan veteran dan pengasas TwentyTwo13, Haresh Deol, diserang dua individu ketika ingin masuk ke dalam keretanya di Bangsar,...

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd