• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengundi Bukan Islam Tidak Perlu Risau, RUU Bukan Hudud

oleh Ahmad Albab
29/05/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SABAK BERNAM – Pengundi bukan Islam di kawasan Parlimen Sungai Besar telah dinasihatkan supaya tidak risau dengan usul pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 kerana ia tiada kaitan dengan hudud.

Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata usul itu hanyalah cadangan memperkasakan Mahkamah Syariah dan ia tidak melibatkan orang bukan Islam.

“Sekarang Mahkamah Syariah hanya diberi kuasa untuk menjatuhkan hukuman tidak melebihi tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam sebatan dan hukuman ini sudah tiba masanya wajar dipinda.

“Usul berkenaan hanya untuk meminda undang-undang yang telah sedia ada di Malaysia dan bukan untuk membuat undang-undang baharu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Pertahanan Awam (JPAM) Negeri Selangor di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah JPAM, Datuk Ogu Salim Omar.

Anggota Parlimen Tanjung Karang itu berkata isu Presiden PAS Abdul Hadi Awang membawa usul berkenaan sengaja dipolitikkan bagi menunjukkan seolah olah wujud kerjasama antara UMNO dengan PAS.

“Tidak wujud sebarang kerjasama atau hubungan, malah di kedua-dua PRK, di Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak, UMNO dan PAS meletakkan calon masing-masing,” katanya.

PRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas pesawat helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Kedua-dua PRK diadakan serentak pada 18 Jun ini manakala hari penamaan calon pada 5 Jun. – BERNAMA

Tags: isu hududNoh OmarRUU
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mastura Mampu Sambung Legasi Suami Di Kuala Kangsar

Next Post

Palani, Kenapa Tak Buat Apa-apa Semasa Jadi Menteri – Wan Junaidi

Related Posts

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

14/12/2024
0

GEORGETOWN: Kementerian Kesihatan (KKM) merancang memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) berkonsepkan 'Good Samaritan Law' bagi melindungi individu yang bertindak memberikan bantuan...

Next Post

Palani, Kenapa Tak Buat Apa-apa Semasa Jadi Menteri - Wan Junaidi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd