• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengantin Dilarang Memasuki Masjidil Haram

oleh
31/05/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Polis Arab Saudi bertindak pantas menghalang sepasang pengantin tempatan daripada cuba memasuki kawasan Masjidil Haram di Makkah, tempat suci umat Islam, menurut laporan portal Emirates247.

Memetik laporan akhbar tempatan Sada pada Ahad, pengawal masjid terbesar di dunia itu terpaksa melarang keras pasangan tersebut masuk kerana si pengantin wanita didapati memakai gaun perkahwinan moden.

“Dia ditemani beberapa wanita Arab kemudian disekat oleh pasukan pengawal daripada memasuki pintu Raja Fahd di masjid suci ini dengan memakai gaun pengantin yang berwarna putih krim,” kata akhbar tersebut.

Media tempatan bagaimanapun melaporkan, pengantin wanita berkenaan hanya cuba menziarahi Masjidil Haram selepas berkahwin dan bukannya mahu melangsungkan majlis pernikahan di dalam rumah Allah itu.

Pengarah Masjidil Haram, Mohammed Al-Bati berkata, pengawal telah memaklumkan suami kepada wanita itu yang turut berada di situ bahawa pakaian pengantin isterinya tidak sesuai dengan tempat tersebut.

Pengantin Dilarang Memasuki Masjidil Haram

Beliau kemudian mengarahkan agar pengawal bertolak ansur dengan memberikan jubah abaya dan tudung niqab untuk dipakai terus oleh wanita berkenaan sebelum dia dibenarkan memasuki kawasan masjid.

Pengantin wanita tersebut mendakwa dia cuma menziarahi Masjidil Haram sebagai menandakan permulaan perkahwinan dirinya tetapi kehadiran unik mereka itu telah menarik perhatian ramai jemaah lain pula.

Pada kelaziman, pasangan yang berhasrat melakukan akad nikah di dalam masjid berkenaan cuma memakai pakaian seperti juga jemaah lain yang sedang beribadah umrah tanpa menonjolkan diri berlebihan.

Upacara pernikahan pada kebiasaan berlangsung secara ringkas sahaja dan pasangan terbabit mungkin berbuat demikian untuk mengambil keberkatan dapat berkahwin di hadapan Kaabah semata-mata.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Makkahmasjidil haramSaudi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Palani, Kenapa Tak Buat Apa-apa Semasa Jadi Menteri – Wan Junaidi

Next Post

Victoria Beckham Sedia Hamil Anak Kelima

Related Posts

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

18/05/2025
0

MAKKAH - Peronda keselamatan di Makkah telah menahan tiga pemastautin Indonesia kerana disyaki mendalangi satu skim penipuan di media sosial...

Usaha Bawa Pulang Rakyat Terkandas Di Makkah: TH Belum Terima Laporan Rasmi

Usaha Bawa Pulang Rakyat Terkandas Di Makkah: TH Belum Terima Laporan Rasmi

31/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) masih belum menerima laporan rasmi mengenai beberapa rakyat Malaysia yang terkandas...

Next Post

Victoria Beckham Sedia Hamil Anak Kelima

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd