• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Didakwa Samun Kakak Sendiri

oleh Ahmad Albab
06/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan samun terhadap kakaknya.

Muhamad Taufiq Azman, 25, didakwa melakukan samun terhadap Norazizi Azman, 38, seorang kerani, dengan mengambil seutas gelang tangan emas, berhampiran lif Blok 53, Tingkat 8, Apartment Pantai Indah, Pantai Dalam, di sini pada 5.30 petang, 28 April lepas.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd Zamry tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin dan Hakim Azman Mustapha menetapkan 19 Mei untuk sebutan semula kes.

Di mahkamah sama, seorang eksekutif tapak projek mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol dan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang pelajar perempuan berusia 21 tahun.

H.Sathisan, 29, didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah bilik hotel di Jalan Klang Lama, di sini antara pukul 12.30 tengah malam sehingga 4.45 pagi, 30 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C kanun sama yang memperuntukkan hukuman sama iaitu penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan Mohamad Fadhly terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin dan Azman menetapkan 27 Mei untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: kes samunPenganggur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

30/07/2025
0

TELUK INTAN: Seorang penganggur wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh ibu kepada teman lelakinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd