• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penemuan Haiwan Pelik Cetus Perdebatan Netizen China

oleh AK-47
03/05/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK kebelakangan ini, semakin banyak pula penemuan makhluk-makhluk pelik yang sebelumnya tiada dalam rekod zoologi seperti udang galah spesis terbaru di Marang, Terengganu dan blobfish di Tasmania, Australia.

Penemuan Haiwan Pelik Cetus Perdebatan Netizen China
Udang galah dikenali sebagai ‘ngoang’ di Sarawak manakala ‘jabot’ di Johor

Terbaharu, seekor haiwan yang tidak diketahui susur galur taksonominya telah dijumpai di perairan wilayah Zhejiang, China.

Penemuan Haiwan Pelik Cetus Perdebatan Netizen China

Haiwan pelik berwarna kelabu yang kelihatan seperti hibrid ikan lumba-lumba dan buaya itu telah ditemui secara tidak sengaja oleh seorang nelayan yang sedang menangkap ikan.

Disifatkan sebagai haiwan ‘comel’, nelayan yang tidak didedahkan namanya itu turut merakam video aksi haiwan tersebut yang kelihatan jinak dan tidak berbahaya.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa percanggahan pendapat mengenai teori apakah spesis sebenar haiwan tersebut.

Ada segelintir netizen beranggapan haiwan pelik itu adalah hasil pensenyawaan ikan lumba-lumba dan ikan todak, manakala ada juga yang berpendapat bahawa haiwan itu mungkin mengalami mutasi akibat kadar pencemaran yang terlalu tinggi di China.

Penemuan Haiwan Pelik Cetus Perdebatan Netizen China

Seorang pengguna Weibo dari wilayah Shandong berkata: “Minum air tercemar, makan makanan yang tercemar, wanita melahirkan bayi-bayi yang cacat anggota.

“Bagaimana anda boleh menepis kebarangkalian makhluk ini turut menjadi mangsa kepada pencemaran? Haiwan itu hidup di perairan yang tercemar, jadi sudah pasti keadaan itu mempengaruhi kecacatan fizikalnya.”

Video berdurasi 1 minit 12 saat itu telah menjadi viral setelah ianya tersebar secara meluas di republik tersebut, sehingga meraih perhatian sebuah jurnal sains di negara itu.

Berdasarkan sifat fizikal, para pengkaji merumuskan kemungkinan besar haiwan tersebut merupakan spesis ikan paus berparuh yang mempunyai dua bonggol kecil pada bahagian bawah rahangnya.

Mereka turut menambah bahawa ikan paus spesis ini biasanya hidup di lautan sedalam 1000 meter, dan jarang sekali dilihat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: haiwanpelik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengundian Awal Pilihan Raya Sarawak Selesai 5 Petang

Next Post

Pemain Chelsea Willian Ejek Penyokong Tottenham

Related Posts

RM393.8 Bilion Untuk Belanjawan 2024

Peluru Zionis Turut Sasarkan Haiwan

13/10/2023
0

PETALING JAYA – Bukan hanya manusia, haiwan pun turut menjadi korban kekejaman Israel. Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini….. Dalam satu...

Haiwan Pun Berisiko Kena Strok Haba Akibat Cuaca Panas

Haiwan Pun Berisiko Kena Strok Haba Akibat Cuaca Panas

01/05/2023
0

KUALA LUMPUR: Cuaca panas melampau yang kini melanda beberapa negara, termasuk Malaysia, bukan sahaja memberi kesan kepada manusia, malah menimbulkan...

Next Post

Pemain Chelsea Willian Ejek Penyokong Tottenham

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd