• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencari Etok Ditemui Mati Lemas

oleh Ahmad Albab
06/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas hilang ketika sedang mencari etok bersama isteri di persisiran pasir Sungai Pahang di Kampung Guai di sini semalam, ditemui mati hari ini.

Mayat Ehsan Mat, 47, ditemui pada 9.30 pagi di Kampung Pasir Panjang oleh penduduk kampung kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Bera DSP Mohd Rosdi Daud berkata mangsa dikatakan lemas pada 10.45 pagi semalam akibat dipercayai terjerlus ke dalam pasir jerlus lalu hilang semasa sedang pergi ke tengah sungai.

“Ketika sedang mencari etok, mangsa dikatakan ke tengah sungai dan dipercayai terjerlus ke dalam pasir jerlus, lalu hilang. Mangsa terkapai-kapai meminta pertolongan sebelum hilang ke dalam pasir jerlus tersebut,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mohd Rosdi berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh.

Katanya anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bersama penduduk kampung turut serta menyertai gerakan mencari dan menyelamat mangsa.

Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak terlampau ghairah mencari etok ataupun mandi di dalam Sungai Pahang sewaktu air sungai cetek sekarang berikutan fenomena El-Nino.

Mohd Rosdi berkata ini kerana mereka akan berhadapan dengan pelbagai risiko keselamatan antaranya membabitkan pasir jerlus sehingga boleh dihanyutkan arus air deras. – BERNAMA

Tags: mati lemassungai pahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

30/03/2021
0

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik....

Budak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

03/03/2021
0

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd