• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Kelantan Nafi Wujud Perpecahan Selepas Husam Dipecat

oleh Ahmad Albab
12/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – PAS Kelantan hari ini menafikan wujudnya perpecahan selepas parti itu memecat bekas naib presidennya yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Kubang Kerian Datuk Husam Musa, minggu lepas.

Setiausaha PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata beliau menolak dakwaan yang dilemparkan segelintir pihak, malah menegaskan parti itu masih menerima sokongan kuat di peringkat akar umbi.

“Setakat ini, perkembangan adalah positif walaupun sebelum ini dikatakan akan ada 10 wakil rakyat PAS akan keluar parti namun sehingga kini masih tiada apa-apa.

“Apa yang saya lihat sokongan di seluruh negeri masih kuat dan kita juga membuat tindakan memperkukuhkan jemaah,” katanya ditemui pemberita selepas majlis perasmian Karnival Bio Kelantan 2016 di sini, hari ini.

Jumaat lepas, Jawatankuasa Tatatertib PAS mengesahkan memecat Husam setelah meneliti aduan salah laku terhadap bekas naib presiden parti itu dan mendapati beliau melakukan tindakan serta perbuatan yang menyalahi Fasal 82(1)(b), (c),(d),(e) dan (f), Perlembagaan PAS.

Sebelum ini, Husam lantang menyerang parti dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, terutamanya dalam isu dakwaan kerjasama antara PAS dan UMNO.

Dalam pada itu, Che Abdullah turut meminta anggota parti itu yang telah menyertai atau condong kepada parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara agar kembali ke pangkuan PAS.- BERNAMA

Tags: husam musaPAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Popov Ganti Devan Kendali Skuad Bola Sepak Kelantan

Next Post

4 Jalan Utama Di Ibu Negara Ditengelami Banjir Kilat

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post

4 Jalan Utama Di Ibu Negara Ditengelami Banjir Kilat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd