• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Arah Jangan Buat Kenyataan Tentang PRK

oleh Ahmad Albab
13/05/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua pemimpin PAS diminta tidak membuat sebarang kenyataan berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar atau Kuala Kangsar.

Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, perkara itu diputuskan dalam satu Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Kerja PAS Pusat malam tadi.

“AJK PAS Pusat mengarahkan agar tiada kenyataan dikeluarkan oleh pimpinan PAS tentang PRK Sungai Besar atau PRK Kuala Kangsar sehingga satu kenyataan rasmi dikeluarkan.

“PAS Selangor menghormati keputusan ini dan akan mengarahkan pimpinan dan ahli-ahlinya mematuhi arahan ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Iskandar berkata, PAS Selangor menganggap sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pimpinan PAS adalah kenyataan peribadi mereka yang tidak ada kena mengena dengan PAS atau PAS Selangor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat hari ini menetapkan tarikh untuk pilihan raya kecil (PRK) P.67 Kuala Kangsar dan P.93 Sungai Besar bakal dijalankan secara serentak bulan depan.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah pada sidang media di ibu pejabat SPR mengumumkan tarikh penamaan calon ialah pada 5 Jun manakala jika ada pertandingan hari pengundian ditetapkan ialah pada 18 Jun.

Ia dijalankan susulan nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu yang mengorbankan Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Mohd. Hashim berkata, kawasan Parlimen Kuala Kangsar di Perak mempunyai seramai 32,949 pemilih berdaftar melibatkan pengundi biasa iaitu 32,632 orang, pengundi awal (312) dan pemilih tidak hadir luar negara (lima). – Mynewshub.cc

Tags: PRK Kuala KangsarPRK Sungai Besar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Derma Politik’ Bukan Untuk Diri Saya” – Ku Nan

17/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak mendapat...

PRK K.Kangsar: Peratusan Keluar Mengundi Tak Capai Sasaran

18/06/2016
0

KUALA KANGSAR - Pengundi luar kawasan yang tidak pulang mengundi dilihat punca peratusan pengundian tidak mencapai sasaran pada pilihan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd