• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Pacak Tumpu Kawasan Panas Di Sempadan Malaysia-Thai

oleh Ahmad Albab
15/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan memberi tumpuan terhadap kawasan ‘panas’ aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan melalui Op Pacak.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Matrang Suhaili berkata operasi selama 15 hari bermula hari ini akan memberi fokus terhadap tiga kawasan utama sering berlaku penyeludupan iaitu Rantau Panjang (Pasir Mas), Pengkalan Kubor (Tumpat) dan Bukit Bunga (Tanah Merah).

“Seramai 154 anggota daripada pelbagai agensi akan ‘berkampung’ di kawasan tersebut sepanjang tempoh operasi berlangsung dalam usaha membasmi penyeludupan rokok haram, mercun, barangan subsidi serta barangan kritikal lain,” katanya ketika melancarkan Op Pacak di Pejabat JKDM Padang Bongor di sini, hari ini.

Matrang berkata agensi lain yang terlibat dalam Op Pacak termasuklah polis, Jabatan Imigresen, Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Beliau berkata operasi berkenaan adalah lanjutan daripada Op Outlet yang bermula sejak 2010 yang memberi fokus kepada penyeludupan rokok sebelum diperluas kepada komoditi minuman keras pada 2014.

Matrang berkata di bawah Op Outlet, sehingga April 2016 sebanyak 46,361 premis telah diperiksa dengan 11,968 kes direkodkan serta rampasan sebanyak RM147.60 juta.

“Pada masa sama seramai 7,918 orang yang disyaki telah ditahan dengan 2,952 kes sudah dibawa ke mahkamah,” katanya.

Matrang berkata jabatan itu sentiasa mengambil tindakan dan langkah serius dalam menangani kegiatan penyeludupan termasuk mengadakan operasi khas di sempadan darat Malaysia-Singapura, Malaysia-Thailand, pelabuhan utama negara dan pulau bebas cukai Langkawi.

“Semua ini adalah bertujuan untuk mencegah penyeludupan dan memutuskan bekalan barangan kritikal daripada memasuki pasaran tempatan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti penyeludupan boleh menghubungi JKDM di talian 1-800-88-8855. – BERNAMA

Tags: Kastamsempadan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

17/07/2025
0

PADANG BESAR – Cubaan menyeludup dadah bernilai ratusan ribu ringgit dari negara jiran berjaya dipatahkan pasukan keselamatan dalam satu operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd