• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nenek Kempunan Tidak Dapat Kahwin Kekasih Muda

oleh Ahmad Albab
23/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HASRAT seorang nenek berusia 71 tahun untuk mengahwini pemuda berumur 21 tahun tidak kesampaian apabila Mahkamah di Switzerland menolak permohonannya untuk berumah tangga dengan lelaki yang 50 tahun lebih muda daripadanya itu.

Nenek berkenaan yang tidak dinamakan, memaklumkan bahawa dia mengenali lelaki yang berasal dari Tunisia itu melalui Internet dan mereka berkongsi perkara sama iaitu meminati muzik rap.

Dia juga memberitahu pihak berkuasa bahawa jurang umur yang sangat jauh itu bukan halangan disebabkan lelaki itu tidak mahu anak.

Namun mahkamah menolaknya dengan alasan lelaki berkenaan menggunakan nenek tersebut untuk berhijrah ke Switzerland dan perkahwinan itu merupakan satu penipuan.

Ketika menceritakan mengenai kisah cintanya itu kepada media 20 Minutes, nenek tersebut berkata dia mengenali lelaki itu sejak pemuda berkenaan berusia 18 tahun dan selepas tiga tahun berkenalan menerusi media sosial, nenek terbabit telah terbang ke Tunisia untuk bertemu cinta hatinya itu.

Mereka bertemu pada bulan Ogos tahun lepas dan lima hari selepas bertemu, kedua-duanya telah mengemukakan permohonan kepada kedutaan Switzerland di Tunisia untuk berkahwin.

“Kami mengenali satu sama lain sebaik tiba di lapangan terbang. Kami tidak bercium kerana tidak dibenarkan berbuat demikian di sana.

“Dia membawa saya ke rumahnya yang terletak 250km dari Tunis, bertemu keluarganya yang menjual kambing dan biri-biri.

“Dia memanggil saya cinta hatinya dan saya tidak boleh hidup tanpanya. Saya mahu mengahwininya,’’ katanya.

Dalam pada itu, pemuda terbabit ketika dihubungi media tersebut memberitahu dia sangat kecewa.

“Jurang usia bukan masalah bagi saya disebabkan saya tidak mahu anak. Saya mahu hidup dengannya. Saya telah memperkenalkan dia kepada keluarga saya dan kakak saya telah memberikan Al-Quran kepadanya,’’ kata pemuda terbabit. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kekasihnenek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Biar Anak Gadis Dirogol Kekasih

Ibu Biar Anak Gadis Dirogol Kekasih

29/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang gadis menempuh detik hitam apabila dicabul dan dirogol kekasih ibunya sendiri dalam kejadian di sebuah kediaman...

Selepas Habis ‘Dikikis’, Wanita Dipukul Bekas Kekasih

Selepas Habis ‘Dikikis’, Wanita Dipukul Bekas Kekasih

17/01/2025
0

Sungai Petani : Akibat terpedaya dengan janji manis lelaki 'pisau cukur', seorang wanita mendakwa menjadi mangsa pukul bekas kekasihnya. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd