• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najwa Latif Nafi Sudah Berkahwin, Anggap Lucu Gambar Viral

oleh AK-47
07/05/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI muda berbakat yang dicungkil melalui laman YouTube, Najwa Latif tampil menafikan bahawa dirinya sudah berkahwin dengan seseorang.

Najwa atau Imratul Najwa Abdul Latif, 21, sedikit terkejut dengan berita mengatakan dirinya sudah berkahwin malah menyifatkan penyebaran gambar itu sebagai sesuatu yang melucukan.

Menurut penyanyi yang melonjak naik dengan lagu Cinta Muka Buku ini kepada sebuah portal akhbar, gambar itu sudah disebarkan oleh orang ramai sejak tahun lalu.

“Terkejut juga kerana (wanita itu) ada iras sedikit dengan saya. Tetapi saya belum kahwinlah. Sebenarnya saya sudah lihat gambar itu sejak tahun lalu.

“Tetapi apabila diamati semula, kami tidaklah begitu seiras. Mungkin gaya senyumannya yang membuatkan wajah kami seakan-akan serupa,” katanya.

Nama Najwa menjadi viral semalam dek penyebaran foto kahwin itu. Inilah foto yang hangat diperkatakan di laman sosial semalam.

Betul Ke Najwa Latif Dah Kahwin?

Namun pemilik kepada foto itu dikenali sebagai Norreen telah tampil memberi penjelasan di laman Twitter bahawa gambar itu miliknya dan bukan Najwa Latif.

Norreen
Norreen

Jelas Najwa lagi kepada portal tersebut, dia mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya mahu memuat naik gambar agar tidak menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab seperti yang dialami oleh sesetengah selebriti tanah air.

Baru-baru ini kecoh di laman internet apabila tersebarnya gambar Mira Filzah yang menunjukkan dia sedang bergambar dengan objek menyerupai bentuk kemaluan lelaki.

“Sebab itu dalam media sosial, saya akan lihat dulu gambar dengan memikirkan apakah impak gambar itu sekiranya ia dimuat naik.

“Sebagai selebriti, kita perlu berbuat demikian memandangkan ramai pihak yang tidak bertanggungjawab dalam alam maya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, penyanyi berusia 21 tahun itu bakal muncul dengan single baharu berjudul Biar, hasil ciptaan bersama kakaknya, Ika Latif. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Najwa Latif
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najwa Makin Matang, ‘Jauh’ Tiada Kait Kisah Peribadi

16/04/2018
0

SUATU masa dahulu, industri muzik tempatan pernah dilanda 'demam' lagu Cinta Muka Buku dendangan penyanyi Najwa Latif. Kini, Najwa sekali...

9 Bulan Tiada Single Baharu, Najwa Sibuk Dengan Kuliah

30/10/2016
0

PETALING JAYA - Penyanyi Najwa Latif memberitahu mengambil masa hampir sembilan bulan untuk melancarkan single terbaharunya yang berjudul Biar kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd