• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Rasmi Pengoperasian Pangkalan Laut TSR

oleh Ahmad Albab
28/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan pengoperasian Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah (TSR) di perairan Semporna dekat sini, hari ini.

Ia merupakan lawatan pertama beliau sejak pangkalan laut TSR beroperasi Julai tahun lepas.

Perdana menteri diiringi Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menaiki helikopter ke pangkalan itu.

Beliau kemudian mendengar taklimat berkaitan operasi pangkalan laut itu yang disampaikan Pegawai Memerintah TSR Komander Affendy Mohd Shuib dan mengenai
sistem rangkaian operasi oleh Mejar Zakaria Amir Hussein dari Tentera Udara Diraja Malaysia.

Najib kemudian menandatangani plak perasmian dan menerima tabik hormat daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Pasukan Polis Marin yang menaiki bot.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Pewujudan pangkalan laut TSR merupakan cetusan idea Hishammuddin berikutan insiden pencerobohan Tanduo, Lahad Datu tiga tahun lalu.

Ia bagi memastikan kesiapsiagaan pasukan keselamatan berada pada tahap tertinggi dan memudahkan bantuan keselamatan disalurkan dengan lebih cepat di perairan negeri ini serta berkeupayaan memintas kejadian jenayah dalam tempoh masa yang pantas.

Pangkalan laut TSR merupakan platform statik menggunakan ‘Mobile Oil Production’ dan beroperasi sejak 31 Julai tahun lepas.

Penempatan pangkalan laut ini juga bertujuan mengesan sebarang ancaman dan menanganinya sebelum ia berjaya mendarat di kawasan daratan negara.

Inisiatif ini sangat efektif berdasarkan faktor geografi, trend dan modus operandi dipamerkan oleh penjenayah serta pihak militan yang menyusup masuk ke perairan negara.

Aset ketenteraan seperti pemintas, bot ronda, helikopter dan Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) ditempatkan di platform yang merupakan pelantar minyak yang telah dilucutkan tauliah dan kapal yang telah diubah suai selaras dengan keperluan operasi.

Platform ini berfungsi sebagai pangkalan di lautan kepada bot dan helikopter yang bertujuan memanjangkan jangkauan rondaan dan memudahkan pemintasan penjenayah lari ke daratan.

Perairan timur Sabah seluas 121,270 batu nautika persegi diletakkan sebagai Zon Selamat Timur Sabah (EssZone) yang merangkumi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. – BERNAMA

 

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tayar Celup Memang Berisiko Tinggi – Polis

Next Post

ESScom, ESSzone Tangani Banyak Cubaan Culik

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

ESScom, ESSzone Tangani Banyak Cubaan Culik

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd