• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Media Sosial Perlu Bertanggungjawab Kongsi Berita

oleh Ahmad Albab
23/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANGKAK – Media baharu atau media sosial dinasihatkan lebih bertanggungjawab dalam berkongsi maklumat supaya tidak menimbulkan salah faham atau fitnah dalam masyarakat.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, media sosial sebagai pelapor dan penyampai maklumat tidak boleh memandang ringan perkara tersebut kerana setiap berita atau maklumat yang dikongsi akan memberi kesan kepada masyarakat serta negara.

“Berita atau maklumat yang ingin dikongsi juga perlu lengkap agar ia tidak akan menimbulkan salah faham ataupun fitnah,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian dan pecah tanah pembinaan asrama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Ledang dekat Sagil, di sini hari ini.

Beliau berkata sebagai contoh, baru-baru ini berlaku penyebaran tentang gulai khinzir di sebuah restoran yang sebenarnya berlaku di luar negara sehingga menimbulkan salah faham masyarakat dengan menyangka ia berlaku di negara ini.

Menurutnya, disebabkan perkara itu, beberapa agensi penguat kuasa kerajaan dikecam dan dimarahi oleh orang ramai yang bimbang dengan keadaan tersebut kerana mereka tidak tahu bahawa kejadian itu sebenarnya berlaku di negara lain.

“Jika dahulu, fitnah secara tradisinya disampaikan dari mulut ke mulut, namun, pada hari ini ia berluasa menerusi media sosial yang menyebabkan berita palsu tersebar ke seluruh dunia.

“Oleh itu, saya ingatkan orang ramai mahupun media sosial agar lebih berhati-hati dengan berita yang ingin dikongsi supaya tidak menimbulkan fitnah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Jamil Khir berkata sudah tiba masanya usaha penyantunan anak yatim dilakukan dalam skala besar bagi memperkukuhkan lagi usaha membela kebajikan golongan itu di negara ini.

Katanya, sebagai sebuah negara yang menuju ke arah negara maju, usaha seperti membina asrama anak yatim bernilai RM4 juta itu perlu diperhebatkan di tempat lain bagi menunjukkan rakyat Malaysia bukan sebuah masyarakat bersifat individu sebaliknya peka dengan keadaan sekeliling.

Tambahnya, pembinaan asrama yang boleh menempatkan kira-kira 100 penghuni itu adalah tepat pada masanya dan beliau kagum kerana ia dibina berdasarkan sumbangan daripada orang ramai.

Terdahulu, turut diadakan majlis penyampaian sumbangan oleh penderma antaranya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bernilai RM100,000 dan Faradisse High Sdn. Bhd. sebanyak RM1 juta. – BERNAMA

Tags: media sosial
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRK: Jentera Pemuda UMNO Fokus Pengundi Muda

Next Post

Jadi Punca Jalan Jem, 3 ‘Driver’ Datuk Seri Ditahan

Related Posts

Dua Kumpulan Warga Pakistan Bergaduh Tular Di Media Sosial

Dua Kumpulan Warga Pakistan Bergaduh Tular Di Media Sosial

05/09/2024
0

PENAMPANG - Tidak puas hati antara satu sama lain menjadi punca pergaduhan melibatkan dua kumpulan warga Pakistan sehingga tular di...

Penyedia Mesej Internet, Media Sosial Sedia Dilesenkan – Fahmi

Penyedia Mesej Internet, Media Sosial Sedia Dilesenkan – Fahmi

03/08/2024
0

PUCHONG - Penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial secara dasarnya telah menyatakan kesediaan untuk dilesenkan, kata Menteri Komunikasi, Fahmi...

Next Post

Jadi Punca Jalan Jem, 3 'Driver' Datuk Seri Ditahan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd