• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Ketiga Lengkap Berpakaian, Ada Pengenaan Diri – Shahidan

oleh Ahmad Albab
07/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SRI AMAN – Mayat ketiga susulan tragedi helikopter hilang Khamis lepas, ditemkani di Sungai Batang Lupar, Lingga, dekat sini, hari ini, lengkap berpakaian dan mempunyai dokumen pengenalan diri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata mayat itu terapung di sungai itu pada pukul 12.04 tengah hari, tidak jauh dari kawasan mayat pertama timbalan menteri dijumpai.

“Biarlah polis umumkan berkenaan identiti mayat,” katanya pada sidang media d sini.

Beliau berkata bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemui mayat tersebut ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Terdahulu, jurucakap bomba menyatakan mayat ketiga itu ditemukan kira-kira satu kilometer dari kawasan mayat pertama iaitu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon ditemui.

Shahidan berkata bagi tujuan melicinkan perjalanan SAR, beliau selaku menteri bertanggungjawab menjaga hal ehwal bencana, akan menyewa bot-bot penduduk sekitar Batang Lupar bagi membantu operasi.

Selain Noriah, penumpang lain yang berada dalam helikopter tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Sundaran Annamalai dan suami Noriah iaitu Asmuni Abdullah.

Anggota Parlimen Kuala Kangsar, yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan pegawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun turut menaiki helikopter yang dikemudi juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas.

Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu dalam penerbangan dari Betong pada pukul 4.12 petang Khamis, menghala ke Kuching sebelum tragedi itu berlaku. – BERNAMA

Tags: Mayatnahas helikopter
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nahas Helikopter: Jasad Kedua Sah Datuk Dr. Sundaran

Next Post

Pesawah Mahu PBAPP Henti Lepas Air Ke Laut

Related Posts

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

28/05/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak ditemukan meninggal dunia di belakang Sutera Mall, Jalan Sutera Danga, di sini pagi tadi. Menurut...

Renni Terjatuh Di Kawasan Curam, Mayat Masih Terperangkap Di Gunung Rinjani

Renni Terjatuh Di Kawasan Curam, Mayat Masih Terperangkap Di Gunung Rinjani

04/05/2025
0

SHAH ALAM - Abang ipar kepada pelakon Riezman Khuzaimi, Rennie Abdul Ghani, 57, meninggal dunia selepas terjatuh semasa mendaki Gunung...

Next Post

Pesawah Mahu PBAPP Henti Lepas Air Ke Laut

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd