• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Kata Pakatan Tetap Bertanding PRK

oleh Ahmad Albab
15/05/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan akan tetap meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak pada 18 Jun ini.

Presiden PAN, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, tiada sebab untuk Pakatan Harapan tidak bertanding di kawasan berkenaan.

“Kita akan meletak calon sama ada dari DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAN,” katanya dalam satu majlis malam tadi.

Mat Sabu turut menegaskan tiada sebab untuk membiarkan PAS sahaja parti pembangkang yang bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan.

Menurutnya, PAS bukan berada dalam Pakatan Harapan dan jika parti itu hendak bertanding pada PRK tersebut itu adalah hak PAS.

Beberapa pemimpin PAN sejak beberapa hari lalu mengingatkan pucuk pimpinan Pakatan Harapan bahawa parti itu akan tetap bertanding kerana PAN menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan.

Mereka menegaskan bahawa PAS bukan lagi parti dalam Pakatan Harapan maka tidak wajar Pakatan Harapan tidak meletakkan calon di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

PAN turut melahirkan kekesalan ke atas seorang pemimpin PKR yang cuba menghalang Pakatan Harapan bertanding di kawasan terbabit kerana mahu memujuk PAS menyertai Pakatan Harapan.

Pemimpin PKR yang dimaksudkan dipercayai Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri MOhamed Azmin Ali mahu memujuk PAS kembali menyertai gabungan parti pembangkang kerana bimbang kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor boleh terjejas tanpa sokongan PAS.

Ia berikutan kekalahan teruk Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang berlangsung baru-baru ini. – mynewshub.cc

Tags: Mat SabuPRK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu tampil dengan nada terbuka dan berterus...

‘Terima kasih Atas Sindiran’ – Mohamad Sabu

‘Terima kasih Atas Sindiran’ – Mohamad Sabu

15/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu mengucapkan terima kasih terhadap sindiran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd