• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Tahan Diganggu, Maria Farida Saman Janda Suaminya

oleh AK-47
10/05/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAUPUN usia perkahwinannya hampir menjangkau tujuh bulan, Maria Farida mendakwa dia tidak pernah berasa tenteram sejak hari pertama berkahwin dengan Datuk Rahman Shakur gara-gara bekas isteri suaminya itu sering mengganggu mereka.

Menurut Maria kepada sebuah akhbar tempatan, dia yang tidak tahan dengan gangguan dan fitnah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial daripada bekas isteri suaminya iaitu Karen.

Upah Pengawal Peribadi Kerana Sering Diugut Bekas Isteri Suami
Maria dan Karen suatu ketika dahulu.

Menurut Maria lagi, Karen atau nama sebenarnya Hadijah Mokhtar disifatkan sebagai wanita yang pendendam dan kuat cemburu dalam satu sidang media yang diadakan baru-baru ini dengan beberapa akhbar tempatan.

Jelas Maria lagi, Karen juga tidak berputus asa memburuk-burukkan namanya malah berniat untuk menjatuhkan karier lakonannya. Selain menuduh dirinya punca perceraian dia dan bekas suaminya itu.

Oleh itu, Maria dan suami memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Karen kerana cubaan untuk meruntuhkan keamanan dan keharmonian rumah tangga yang dibina.

Baca: Dilanggar Bekas Isteri, Suami Maria Farida Lapor Polis

Baca: Maria Farida Nafi Abai Anak Tiri, Kongkong Suami

Sebelum itu, pada 2 Mei lalu, Datuk Rahman telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang, mendakwa dirinya dilanggar bekas isteri. Tambah Maria kepada akhbar itu lagi, kira-kira 50 aduan telah dibuat olehnya dan suami berkaitan kes tersebut.

Upah Pengawal Peribadi Kerana Sering Diugut Bekas Isteri Suami
Maria kelihatan mesra dengan suaminya, Datuk Rahman Shakur.

Selain itu, Maria dan suami juga terpaksa membelanjakan sejumlah wang untuk mengupah pengawal peribadi demi menjaga keselamatan mereka.

“Disebabkan gangguan dan segala ugutan, saya dan suami juga telah mengambil keputusan untuk mengupah pengawal peribadi sejak tahun lalu bagi menjaga keselamatan kami sekeluarga.

“Saya pernah diugut disimbah asid, serta bermacam-macam lagi,” katanya.

Kami harapkan, persengketaan ini tidak berpanjangan dan hubungan ketiga-tiga individu ini kembali seperti sedia kala. Semoga Maria dan suami temui kebahagiaan yang dicari. Manakala untuk Karen pula, peristiwa lalu usah dikenang, buang yang keruh, ambillah yang jernih. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Maria Faridasaman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cederakan Pemandu Bas: Pesara Diperintah Jalani Pemeriksaan Mental

Next Post

Kadar Kemalangan Pekerja Ulang Alik Ke Tempat Meningkat

Related Posts

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

28/04/2025
0

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk menangguhkan prosiding saman pemula Petroleum Sarawak...

1MDB Saman Amicorp Group, Tuntut Lebih AS$1 Bilion

1MDB Saman Amicorp Group, Tuntut Lebih AS$1 Bilion

23/12/2024
0

SINGAPURA: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyaman syarikat penyedia perkhidmatan korporat, Amicorp Group dan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Toine Knipping membabitkan...

Next Post

Kadar Kemalangan Pekerja Ulang Alik Ke Tempat Meningkat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd