• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Tembak Di Hatyai Selamat Dikebumikan

oleh Ahmad Albab
18/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Jenazah rakyat Malaysia yang meninggal dunia di Hatyai, Thailand Isnin lepas selamat dikebumikan di tanah perkuburan masjid Sungai Pinang, di sini 1.45 pagi tadi.

Mohd Nizam Ahmad Basrah, 28 dilaporkan ditembak mati di Jalan Phadungpakdee, Hatyai.

Bapa Nizam, Ahmad Basrah Awang, 49 dan keluarganya telah pergi ke Hatyai petang semalam untuk mengambil jenazah dari hospital di sana.

“Saya amat berterima kasih dengan Kerajaan Thailand dan pihak berkuasa di sana yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya untuk membawa balik jenazah anak saya,” katanya sambil menahan sebak.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menghulurkan bantuan kepadanya dalam menghadapi keadaan itu.

Kali terakhir Ahmad Basrah melihat anaknya ialah pada bulan lepas semasa arwah pulang untuk melawat neneknya.

“Saya rapat dengannya tetapi kini saya perlu menerima segala apa yang berlaku dengan hati yang terbuka, katanya.

Nizam yang tinggal bersama neneknya sejak kecil selepas Ahmad Basrah menikah semula, mempunyai empat orang lagi adik-beradik.

Saadiah Abu, 80 yang telah membesarkan Nizam sejak berusia dua bulan selepas ibunya meninggal dunia, berkata dia kehilangan permata dalam hidupnya.

“Tiada perkataan yang dapat menerangkan betapa sunyinya saya rasa sekarang kerana hanya kami berdua sejak dahulu.

Kini dia telah tiada, saya terasa kehilangannya,” katanya dalam linangan air mata.

Nizam memberitahu neneknya bahawa dia telah bekerja dengan seorang rakyat Malaysia berpangkat Datuk di Singapura awal tahun ini tetapi tiada dalam kalangan keluarganya yang menyedari pemergiannya ke Hatyai atas sebab tertentu.

Anggota Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah yang melawat kediaman arwah mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung dan Konsulat Malaysia di Thailand yang membantu mempercepatkan proses membawa pulang jenazah.

Polis Hatyai menemukan mayat Nizam yang ditembak mati semasa menunggang motosikal ke hotel penginapannya dan polis kini sedang mengenal pasti pemilik motosikal dan meneliti rakaman kamera litar tertutup diperoleh daripada premis berdekatan untuk mengenal pasti pembunuh. – BERNAMA

Tags: jenazahkes tembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

18/01/2026
0

GEORGETOWN: "Jenazah isteri saya, Allahyarham Nadia Kesuma akan dikebumikan di sana. Kami tak akan bawa pulang jenazah ke tanah air...

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd