• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Samun Meninggal Selepas Lima Hari Dirawat

oleh Ahmad Albab
05/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Selepas lima hari menerima rawatan, seorang wanita warga emas yang menjadi mangsa samun di kediamannya di Taman Baiduri, Geliga, di sini meninggal dunia, semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim berkata wanita itu yang berusia 68 tahun, meninggal dunia pada 5.10 petang semalam, ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kemaman.

“Hasil laporan bedah siasat mendapati mangsa yang tinggal bersendirian itu mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Jumaat lalu warga emas tersebut disamun dan rantai leher yang dipakainya dilarikan dua lelaki dalam kejadian kira-kira 9 malam.

Bagaimanapun insiden itu hanya disedari dua hari kemudian, selepas anggota keluarganya menziarahi mangsa kira-kira 10 pagi, Ahad lalu dan menemui mangsa dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri dalam sebuah bilik.

Mohd Said berkata pihaknya percaya mangsa dipukul menggunakan objek keras sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

Polis sedang mengenal pasti dua individu menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di luar rumah dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan kes itu, yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

Tags: samunwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

01/09/2025
0

Melaka: Lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka, awal pagi semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd