• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Luahan Sayu Kakak Mangsa Nahas Dua Beradik

oleh AK-47
25/05/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KELMARIN, berita mengenai kematian dua beradik yang terlibat dalam nahas kemalangan jalan raya di susur keluar Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka benar-benar memilukan hati seluruh rakyat Malaysia.

Difahamkan, menurut saksi di tempat kejadian, kedua-dua mangsa dikatakan masih sedar pada ketika itu dan memerlukan rawatan secepat mungkin.

KAITAN: Pengguna Lorong Kecemasan, Anda Adalah ‘Pembunuh’

Namun kerana sifat pentingkan diri sesetengah pemandu kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan, pihak ambulans yang dihubungi mengalami kesulitan untuk sampai menyelamatkan mangsa.

Menerusi coretan di laman Facebook milik Maisalmah Shadik, yang merupakan kakak kepada dua arwah tersebut, dia meluahkan rasa kecewanya berkenaan sikap segelintir pemandu yang tidak menimbang rasa sehingga mengakibat kematian.

Luahan Sayu Kakak Mangsa Nahas Dua Beradik

Ya Allah lemah hati ini ya Allah…

Kehilangan mereka berdua amat dirasai sangat-sangat, ucapan terakhir masih terbayang-bayang.

Bob Arof, terima kasih sentiasa disisi kami, kucing abang bob yang dah bunting tu nanti kita cari siapa yang boleh jaga.

Permintaan abang Bob nak baju raya sedondon warna kelabu tahun ni tak mungkin lagi, kerana Itulah raya terakhir kite bersama Alam Iqbal Shadik.

Luahan Sayu Kakak Mangsa Nahas Dua Beradik

Kak Ma sayang sangat kat Alam, Alam adalah harapan keluarga, tenanglah disana dik. Alam adik yang sangat baik dan sentiasa myenangkan hati keluarga… Terima kasih dik.

Terima kasih kepada semua yang hadir..sedara mara..rakan arwah.. Sesungguhnya aku redha ya Allah.  

Betul kata en Shariff Mohd Zulhairi, anda yang menggunakan lorong kecemasan adalah PEMBUNUH, sekiranya mereka ini ‘manusia ‘ mereka tidak akan menggunakan lorong kecemasan dan menyebab nyawa melayang.

Mungkin mereka masih dapat menyelamatkn abang dan adik saya, bukan tak redha tetapi sukar diungkap…. indahkan perkatan ‘kalau!! Kalaulah mereka menggunakan jalan yang betul.

Tolonglah ambil tindakan terhadap ‘manusia-manusia ini’ yang menggunakan lorong kecemasan, kerana mereka akan meragut lebih banyak nyawa lagi.

Saya minta ambil tindakan bukan kerana mereka adik beradik saya tapi bayangkan keluarga anda ditimpa benda sama, apa yang anda lakukan??

Banyak benda selalu tag Alam dan abang Bob tapi makin berkurang jumlah kita..Al-Fatihah.

Bertabahlah buat kakak kepada arwah Alam Iqbal Shadik dan Bob Arof Shadik, sesungguhnya, dari Dia kita datang dan kepada Dia jua kita akan dikembalikan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kemalangankematianluahan hati
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ibu Bertemu Semula Anak Selepas Dirogol 80 Tahun Lalu

Next Post

Nenek Perasan Cantik Sertai Pertandingan Punggung Cantik

Related Posts

Dua Van Kilang Bertembung, Pemandu Tersepit

Dua Van Kilang Bertembung, Pemandu Tersepit

18/05/2025
0

BAYAN LEPAS – Seorang lelaki cedera selepas tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dalam kemalangan membabitkan dua buah van kilang...

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

04/05/2025
0

LONDON - Seramai 14 kanak-kanak berusia antara 11 hingga 14 tahun ditahan atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat selepas seorang...

Next Post

Nenek Perasan Cantik Sertai Pertandingan Punggung Cantik

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd