• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LGE Kantoi Auta Terowong Dasar Laut ‘Ditolak’ Pusat

oleh
21/05/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Lim Guan Eng khabarnya semakin tertekan ekoran bantahan berterusan termasuk daripada wakil rakyat DAP berhubung pembinaan terowong dasar laut menghubungkan Bagan Ajam dan Persiaran Gurney.

Malah percubaan Ketua Menteri Pulau Pinang itu menunding jari kepada Kerajaan Persekutuan ‘kantoi’ apabila Kementerian Kerja Raya segera menafikan ada pernah berbincang atau menolak projek mega kontroversi tersebut.

Dalam ucapan penggulungan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Jumaat, Guan Eng berkata konon pihak kerajaan Pulau Pinang sebagai tiada pilihan selain terpaksa membina laluan terowong berkenaan.

Ini kerana pembinaan jambatan ketiga antara bahagian pulau itu dan Seberang Perai selepas Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Syah memerlukan kebenaran daripada Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya disebabkan pihak kerajaan negeri tidak dapat membina jambatan terbaharu antara Bagan Ajam dan Persiaran Gurney, maka mereka terpaksa membina terowong dasar laut atas alasan bagi mengatasi kesesakan trafik.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, kerajaan Pulau Pinang sanggup membatalkan cadangan projek terowong dasar laut tersebut jika pihak Kerajaan Persekutuan membenarkan projek jambatan ketiga itu dibina.

“Sekiranya mendapat kelulusan daripada kerajaan Pusat, pihak kerajaan negeri akan membina jambatan ketiga dan bersedia menimbang untuk tidak mengenakan sebarang kutipan tol kepada pengguna,” dalih beliau lagi.

Guan Eng namun tidak menjawab soalan Ketua Pembangkang DUN, Datuk Jahara Hamid yang meminta penjelasan sama ada kerajaan Pulau Pinang membuat permohonan daripada Kerajaan Persekutuan untuk jambatan ketiga itu.

tunnel

Bagaimanapun, penafian Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof yang terkejut bahawa kerajaan pusat pernah menolak permohonan memberi gambaran bahawa Guan Eng hanya memberi alasan bagi melepaskan dirinya itu.

Fadillah dalam kenyataan media lewat Jumaat berkata, pihaknya telah membuat penelitian dan mendapati langsung tiada permohonan seumpama itu mahupun perundingan dengan kementerian bagi membina jambatan tersebut.

“Selain itu, tiada sebarang rekod mengenai permohonan atau perbincangan mengenai projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang memerlukan kelulusan kementerian saya sebelum ia dibina atau dibuka kepada laluan trafik.

“Mungkin pihak Ketua Menteri dapat memberi penjelasan bilakah permohonan itu dibuat dan bilakah Kementerian Kerja Raya pernah menolak permohonan mereka untuk membina jambatan ketiga Pulau Pinang,” terang beliau lagi.

Fadillah secara sindiran berkata pihaknya amat berharap kerajaan Pulau Pinang mengurus masalah politik dalaman Pakatan Harapan atau skandal dan tidak cuba perguna kerajaan Persekutuan sebagai helah menyelamatkan diri.

Tentu selepas ini, rakyat Pulau Pinang menuntut jawapan sebenar Guan Eng berhubung isu terowong dasar laut dan kenapa kerajaan negeri sedia membayar sebuah syarikat melalui tanah milik kerajaan negeri bernilai RM305 juta.

Paling lucu, beliau tiba-tiba membangkitkan pula kesediaan membatalkan projek itu dan membina jambatan ketiga pula tetapi konon kesal kerajaan Pusat menolak cadangan itu. Silap mata apa pula dimainkan Guan Eng kali ini?

Atau mungkin kenyataan terbaharu Guan Eng selepas menyedari pendedahan Pengarah Strategi Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengenai skandal kos mewah kajian terowong itu baru-baru ini ada kebenarannya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Lim Guan EngPulau Pinangterowong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Parlimen Bagan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd