• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunang Hilangkan Diri Sebelum Walimatul Urus

oleh AK-47
21/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Seorang lelaki yang dijadualkan melangsungkan perkahwinan pada 28 Mei ini bingung dengan tindakan bakal isterinya menghilangkan diri sudah 4 hari, lapor akhbar tempatan.

Khairul Nizam Husain, 33, peniaga sebuah restoran hanya menyedari kehilangan bakal isterinya, Siti Mariam, 18, hilang ketika ke rumah bakal isterinya Rabu lalu untuk menjemput gadis itu ke tempat kerja di restoran miliknya.

Siti Mariam Rosli
Siti Mariam Rosli

“Bakal isteri bekerja di restoran milik saya. Namun dia tiada di rumah pada hari itu. Menyedari kehilangannya, saya bersama dengan ahli keluarganya cuba mencarinya di sekitar Bandar Pusat, Jengka.

“Kami menemui motosikal miliknya yang ditinggalkan di tepi jalan. Saya bingung dan buntu, tarikh perkahwinan kami tinggal kira-kira seminggu saja lagi,” katanya.

Segala persiapan ujarnya telah dilakukan, malahan kad jemputan juga sudah diedarkan kepada kenalan.

Menurut Khairul, mereka tidak mempunyai sebarang masalah sepanjang perhubungan, bahkan segala kelengkapan dari segi wang hantaran mencukupi selain set pelamin siap dipasang di rumahnya.

“Kali terakhir saya menghubunginya kelmarin, dia ada meminta saya berhenti daripada mencarinya sebelum talian telefon bimbit dimatikan,” katanya.

Justeru, Khairul meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau lokasi tunangnya itu menghubunginya di talian 012-3262569. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KAWINMAJLIStunangWALIMATUL URUS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bakal Pengantin, Tunang Antara Didakwa Cabul Remaja Bergilir-gilir

Bakal Pengantin, Tunang Antara Didakwa Cabul Remaja Bergilir-gilir

23/12/2024
0

MUAR: Dua lelaki masing-masing yang bakal melangsungkan pertunangan Sabtu ini dan berkahwin Mei depan, antara enam individu dihadapkan ke Mahkamah...

‘Bekwoh’ Di Kelantan Wajib Dapat Kebenaran Polis

29/03/2021
0

KOTA BHARU - Sebarang penganjuran majlis membabitkan komuniti di negeri ini wajib mendapat kebenaran daripada pihak polis berkuat kuasa pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd