• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 1,000 Nahas Akibat Terlanggar Objek – PLUS

oleh Ahmad Albab
28/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Sebanyak 1,178 kemalangan dilaporkan berlaku akibat terlanggar objek yang terjatuh di sepanjang lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) pada 2015.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi berkata dalam tempoh berkenaan, kira-kira 2,200 objek seperti serpihan tayar, kayu dan besi dikesan berada di atas lebuh raya.

“Turut ditemui adalah bangkai haiwan, komponen kenderaan, tilam, perabot dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat media berhubung objek dan halangan di lebuh raya PLUS, di sini malam tadi.

Memandang serius isu berkenaan kerana membahayakan pengguna jalan raya, beliau berkata kira-kira 150 anggota pasukan PLUSRonda ditugaskan untuk memantau dan melakukan rondaan di sepanjang lebuh raya.

“Mereka turut ditugaskan mengutip dan mengalihkan objek yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna lebuh raya,” katanya.

“Sebahagian besar kemalangan berlaku kerana pengguna melanggar objek sejurus selepas ia terjatuh daripada kenderaan berat atau melanggar serpihan tayar kenderaan berat,” kata Mohammad Fuad.

Beliau berkata operator kenderaan berat perlu memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

“Selenggara kenderaan mengikut jadual dan pastikan muatan yang dibawa stabil dan tidak mudah terjatuh,” katanya sambil menambah orang ramai perlu segera menghubungi PLUS bagi membolehkan objek yang tidak sepatutnya berada di lebuh raya dialihkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

18/03/2026
0

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd