• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kucing Mati Diikat Pada Tiang Lampu Di Klang

oleh AK-47
13/05/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
1
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK berperikemanusiaan, seekor kucing betina telah diseksa sehingga mati pada sebatang tiang di Taman Jaya, Klang, Selangor.

Pengguna Facebook, Wong Che Wey, memuat naik gambar menyayat hati itu di laman sosialnya selepas dia ternampak bangkai haiwan tersebut ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya, kira-kira pada pukul 6.30 petang, semalam.

Menurut Che Wey, dia begitu terkejut dengan penemuan bangkai kucing itu kerana tidak pernah menjangkakan tindakan kejam sedemikian akan berlaku di kejiranan yang aman dan tenteram.

“Saya telah tinggal di sini selama 30 tahun. Ini kali pertama saya lihat kekejaman sedemikian,” katanya di ruangan komen.

Jelasnya, dia kini sedang mengesan pelaku terbabit menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) jiran-jirannya.

Che Wey berkata, memang terdapat banyak kucing dan anjing terbiar di kawasan perumahannya disebabkan sudah beberapa tahun pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak melakukan tinjauan di kawasan berkenaan.

k2

k3

k4

Apa yang menyedihkan, kucing tersebut telah melahirkan empat ekor anak kucing yang kini dijaga seorang jirannya yang sudah berusia.

Che Wey kemudiannya mengebumikan bangkai kucing itu. Catatannya di postingnya turut dibanjiri luahan yang mengecam tindakan keji individu yang menganiaya haiwan tersebut.

Thomas Seah berpendapat: “Kucing itu tidak bersalah. Pesalah itu perlu dihukum kerana menyeksa haiwan.”

Seorang lagi pengguna Facebook, Suraiya Abdullah menyuarakan kesedihannya terhadap kekejaman ke atas kucing itu.

“Gila doe orang seksa kucing ni sampai jadi arwah, kesiannya, menjawab la kat akhirat nanti,” katanya.

Timmy Kueh turut menghentam perbuatan kejam itu dengan menyifatkan ia adalah “tindakan pengecut.”

Posting yang dimuat naik pada 4 Mei itu, menjadi perbualan hangat netizen sehingga mendapat lebih 6,300 perkongsian di Facebook. – MYNEWSHUB.CC

Tags: haiwan peliharaankejamkucing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Curi Dengar Telefon TMJ Hanya Salah Faham

Next Post

Popov Ganti Devan Kendali Skuad Bola Sepak Kelantan

Related Posts

JPV Siasat Penemuan 10 Bangkai Kucing Di Tempat Pembuangan Sampah

JPV Siasat Penemuan 10 Bangkai Kucing Di Tempat Pembuangan Sampah

08/02/2025
0

Georgetown : Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan berhubung laporan dakwaan penemuan kira-kira 10 bangkai kucing dalam...

DVS Terima 2,610 Aduan Berkaitan Kebajikan Kucing

DVS Terima 2,610 Aduan Berkaitan Kebajikan Kucing

28/01/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menerima sebanyak 2,610 aduan berkaitan kebajikan kucing termasuk dijadikan makanan kepada ular. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Popov Ganti Devan Kendali Skuad Bola Sepak Kelantan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd