• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kubur Rosak Angkara Babi Hutan

oleh AK-47
24/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Tanah Perkuburan Islam di Kampung Charuk Bunting, di sini yang tidak dipasang pagar mendatangkan kebimbangan kepada penduduk apabila kawasan itu sering dirosakkan oleh sekumpulan babi hutan.

Difahamkan masalah yang menimpa kawasan perkuburan berusia ratusan tahun itu sudah lama berlarutan dan sehingga kini masalah berkenaan belum lagi selesai.

13239105_1006985232684026_3336164625819779389_n

Menurut penduduk, Muhammad Zain Suaiman, 67,  kawasan perkuburan berkenaan menjadi tumpuan haiwan itu terutamanya pada waktu malam.

Ujarnya, haiwan berkenaan juga merosakkan beberapa batu nisan sebelum ini sehingga menimbulkan masalah kepada waris yang datang menziarahi kawasan perkuburan.

“Apabila batu nisan pun dirosakkannya, waris susah cari kubur ahli keluarga mereka. Masalah itu selalunya berlaku pada setiap kali hari raya,” katanya di sini, semalam.

Muhammad Zain berkata, yang terbaharu apabila salah sebuah kubur di situ dirosakkan haiwan berkenaan sebulan lalu.

“Kubur itu merupakan milik jenazah dewasa dan dikorek dalam anggaran satu meter,” katanya.

Muhammad Sabri Zainal, 54, pula berkata, selain ketiadaan pagar, kawasan perkuburan itu menjadi tumpuan haiwan liar itu kerana ia terletak berhampiran hutan dan kebun getah.

Menurutnya, apa yang dibimbangkan apabila kubur kanak-kanak yang dirosakkan oleh haiwan itu sekiranya masalah pagar tidak diselesaikan.

“Kedalaman kubur kanak-kanak tidak sedalam kubur orang dewasa, saya bimbang jika ia menjadi mangsa haiwan berkenaan selepas ini.

“Jadi saya harap pihak berwajib boleh memasang pagar agar perkara ini tidak berulang. Selain itu penduduk juga berharap tanah perkuburan di sini disediakan lampu,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Halimatun Saadiah, 36, berkata, dia memohon agar masalah itu diatasi segera oleh pihak berwajib.

“Minta pihak berwajib segera pasang pagar di kawasan tanah perkuburan ini agar masalah yang sudah lama selamat dari sebarang gangguan,” katanya.

Sementara itu, ADUN Kawasan Bayu, Datuk Azmi Che Husain berkata, pemasangan pagar di kawasan perkuburan itu perlu mendapat kebenaran jabatan agama terlebih dahulu.

“Status tanah perkuburan juga perlu dikenal pasti terlebih dahulu sama ada ia wakaf umum atau wakaf khusus.

“Bila sudah dapat kebenaran, pihak JKKK atau ahli jawatankuasa tanah perkuburan perlu kepil surat kebenaran dan surat status tanah kepada pejabat daerah.

“Salinan surat juga perlu diserahkan kepada Pusat Khidmat ADUN Bayu untuk kita semak dan proses bagi mendapatkan peruntukkan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: babi hutan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

Sidang DUN Melaka Gamat Isu Babi Hutan

21/11/2019
0

MELAKA - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kecoh seketika berikutan dakwaan populasi babi hutan di negeri ini bertambah akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd