• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KTMB Sasar 250,000 Pengguna Tren Menjelang 2019

oleh Ahmad Albab
25/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyasarkan 250,000 pengguna tren menjelang 2019 berbanding 117,800 pengguna pada masa sekarang.

Pengurus Besar Pengurusan Projek KTMB Ismail Said berkata sasaran itu selaras pelaksanaan projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) yang akan dilakukan secara berperingkat mulai 27 Mei ini sehingga 2019.

Menurut beliau, kerja-kerja menaik taraf itu dilaksanakan bagi memastikan kesemua perkhidmatan rel dapat bergerak dengan lancar dan tidak lagi berhadapan dengan kegagalan, kegelinciran mahupun kelewatan atau pembatalan perkhidmatan pada masa hadapan.

“Kami juga ingin menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan tren dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya,” katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini hari ini.

Projek empat tahun bernilai RM1.410 bilion itu meliputi kerja membaik pulih landasan dari Rawang ke Salak Selatan dan Sentul ke Simpang Batu serta menaik taraf 16 stesen di sepanjang laluan berkenaan termasuk sistem persemboyanan dan elektrik yang sedia ada.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter KTMB Azshidah Shah Shahari berkata tambang tiket bagi perkhidmatan itu tidak akan dinaikkan berikutan projek naik taraf ini.

Bagaimanapun, katanya akan terdapat perubahan jadual waktu perjalanan tren bagi perkhidmatan KTM Intercity dan Electronic Train Service (ETS), KTM Komuter dan KTM Kargo di antara laluan Tanjung Malim-Rawang-Pelabuhan Klang.

“Pihak KTMB juga sedang menguar-uarkan kepada orang awam mengenai jadual waktu baharu dan mereka boleh melayari www.ktmb.com.my bagi maklumat lanjut,” katanya. – BERNAMA

Tags: KTMBpengguna
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tak Boleh Naik Bas, Penumpang Lempar Ular

Next Post

Usahawan IKS Perlu Dapatkan Sijil Halal Untuk Tembusi Pasaran Global

Related Posts

X Belum Mohon Lesen Pengendali Media Sosial Sebab Pengguna Tak Capai 8 Juta

X Belum Mohon Lesen Pengendali Media Sosial Sebab Pengguna Tak Capai 8 Juta

01/01/2025
0

PUTRAJAYA: Empat penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial utama telah mengorak langkah ke arah pematuhan kawal selia dengan memohon...

KTMB Laksana Jadual Baharu, 6 Perkhidmatan Bermula 1 Ogos Ini

KTMB Laksana Jadual Baharu, 6 Perkhidmatan Bermula 1 Ogos Ini

29/05/2024
0

SHAH ALAM - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melaksanakan penjadualan baharu bagi laluan perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) dengan memperkenalkan...

Next Post

Usahawan IKS Perlu Dapatkan Sijil Halal Untuk Tembusi Pasaran Global

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd