• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KRU Music Jelaskan Isu Bayaran Murah Kepada Caliph Buskers

oleh Ahmad Albab
02/05/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBELUM ini terdapat dakwaan mengatakan bahawa bayaran yang diberikan kepada Caliph Buskers selepas membuat persembahan adalah sedikit dan pihak KRU tidak terkecuali terkena tempias tersebut.

Sehubungan itu Ketua Eksekutif KRU Music, Rizal Sahimy menjelaskan bahawa Calpih Buskers bergerak sendiri dan bukan diuruskan oleh KRU Music kerana mereka hanya mempunyai kontrak eksklusif bagi rakaman muzik sahaja.

Tambahnya sepanjang KRU Music menguruskan Caliph Buskers, segala bayaran yang diterima bagi setiap acara adalah mengikut persetujuan yang sudah diputuskan bersama.

“Jika ada pelanggan yang menghubungi KRU untuk mendapatkan perkhidmatan Caliph Buskers, KRU Music akan bertanya tentang harga terlebih dahulu dan sebarang bayaran yang dikenakan adalah atas persetujuan kedua-dua belah pihak”.

Katanya, setiap individu dalam kumpulan tersebut menerima bahagian yang sama rata selepas caj pengurusan yang dipersetujui ditolak.

“Harga minimum adalah sekitar RM3,000 hingga RM10,000 (mengikut jumlah lagu). Kebanyakan persembahan Caliph Buskers adalah sekitar RM6,000 bagi setiap persembahan.

“Bayaran sebanyak RM800 setiap seorang itu adalah separuh benar (half truth) apabila mereka mendapat bayaran sebanyak RM6,000 untuk membuat persembahan.

“Selepas tolak kos pengurusan, wang bagi Caliph Buskers dibahagi kepada lima dan setiap seorang akan menerima RM840,” katanya yang menafikan dakwaan pihaknya membayar rendah kepada band berkenaan.

“Pendapatan Caliph Buskers mencecah RM600,000 sepanjang tahun lalu,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Caliph BuskersKRU Music
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gurau Senda Permaisuri Agong Bersama Caliph Buskers

13/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Daripada bermain muzik di jalanan, kumpulan Caliph Buskers kini tidak menyangka dapat menunjukkan bakat mereka kepada orang-orang...

“Tiada Istilah Tikam Lidah, Masam Muka” – Norman KRU

26/04/2018
0

TERDAHULU kumpulan rap lagenda, KRU yang dianggotai oleh tiga adik beradik iaitu Datuk Norman, Yusry dan Edry akhirnya menemui kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd