• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPN Sahkan Khidmat Pengiring Trafik Tun M Ditarik Balik

oleh Ahmad Albab
04/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan bahawa khidmat pengiring trafik ke atas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah ditarik balik sejak minggu lepas.

Beliau berkata bagaimanapun khidmat pengawal pengiring iaitu pegawai polis dari Unit Tindakan Khas bagi Dr Mahathir masih diteruskan.

“Cuma khidmat pengiring trafik yang telah dihentikan dan kita tidak pernah mahu menarik balik khidmat pengawal pengiring atau ‘Bodyguard’ Tun M … jadi keselamatan beliau sentiasa lagi dikawal oleh pegawai polis,” katanya kepada pemberita selepas majlis penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara (PKN), di sini hari ini.

Beliau menjelaskan penarikan khidmat pengiring trafik itu dibuat ekoran tindakan Dr Mahathir yang menyertai perhimpunan haram Bersih, perhimpunan bantah GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) dan mengutip tandatangan untuk deklarasi diusahakan bekas perdana menteri itu yang bercanggah dengan peruntukan undang-undang dan perlembagaan negara.

“Saya telah menarik balik khidmat pengiring trafik untuk Tun Mahathir … itu adalah atas keputusan saya sebagai Ketua Polis Negara. Apa guna kita memberi iringan trafik terhadap individu yang melanggar peruntukan undang-undang dan perlembagaan, kita tidak dapat menyokong apa juga perbuatan yang melanggar undang-undang negara.

“Oleh itu saya berharap Tun M faham terhadap kedudukan PDRM (Polis Diraja Malaysia) yang mendukung Rukun Negara. Jadi kalau ada pihak yang melanggar undang-undang, macam mana kita nak sokong,” katanya

Semalam Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Khalid akan mengeluarkan kenyataan berhubung khidmat pengiring bermotosikal polis ke atas Dr Mahathir telah dihentikan.

Ahmad Zahid dipetik sebagai berkata beliau menyerahkan perkara tersebut kepada Ketua Polis Negara kerana isu berkenaan berkaitan operasi dan bukan dasar Kementerian Dalam Negeri.

Mengulas lanjut, Khalid berkata bagaimanapun Dr Mahathir masih boleh membuat permohonan kepada PDRM sekiranya mahu menggunakan pengiring trafik ketika menghadiri sesuatu acara rasmi.

“Sekiranya Tun M mahukan khidmat itu (pengiring trafik), permohonan perlu dikemukakan kepada saya terlebih dahulu dan kita akan beri khidmat iringan trafik jika majlis yang akan beliau hadiri adalah acara rasmi kerajaan serta tidak melibatkan pelanggaran mana-mana peruntukan undang-undang dan perlembagaan,” katanya.

Sehubungan itu, Khalid memberi amaran keras kepada pihak tidak terlatih yang secara sukarela cuba memberi perkhidmatan pengiring bermotosikal kepada Dr Mahathir.

“Tindakan itu bukan sahaja membahayakan diri mereka, tetapi turut membahayakan orang lain kerana mereka tidak terlatih untuk membuat iringan kepada orang kenamaan dan tindakan itu jelas menyalahi undang-undang,” tegasnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan kes penculikan empat lelaki tempatan di Pulau Ligitan, Semporna, Sabah pada 1 April lepas, Khalid berkata beliau dimaklumkan keempat-empat mangsa culik itu berada dalam keadaan baik dan selamat.

“Polis sedang meneruskan usaha untuk pastikan mereka akan berjaya diselamat. Kami percaya kedudukan mereka (mangsa culik) bergerak dari semasa ke semasa untuk mengelak dikesan,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Empat warga Malaysia Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29; dan Johnny Lau Jung Hien, 21, diculik lapan lelaki bersenjata di perairan Semporna, Sabah ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Filipina pada 1 April lepas.

Keempat-empat mangsa dari Sibu itu adalah kru kapal ‘Masfive 6’ yang mengangkut balak dari Malaysia ke Manila, Filipina.

Terdahulu, Khalid menyampaikan PKN kepada 200 pegawai dan anggota pasukan daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, termasuk Pasukan Gerakan Am, Pasukan Polis Marin dan Unit Udara PDRM.

“Ia adalah penghargaan kerajaan kepada pegawai dan anggota keselamatan yang telah terlibat dalam operasi ‘Op Daulat’ semasa insiden pecerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari 2013,” katanya. – BERNAMA

Tags: khalid abu bakarTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Beg HoldAll Terbesar Di Dunia Kini Di Sungai Petani

Next Post

Sia-Sia Bom Mesin ATM, Kotak Duit Tak Terjejas

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

Next Post

Sia-Sia Bom Mesin ATM, Kotak Duit Tak Terjejas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd