• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontraktor Cedera Ditembak Di Petaling Jaya

oleh Ahmad Albab
25/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang kontraktor cedera selepas ditembak dua individu tidak dikenali di hadapan sebuah tadika di Jalan Selangor di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata dalam kejadian pukul 11 pagi tadi, mangsa yang berusia 41 tahun, sedang berjalan untuk mengambil anaknya di tadika berkenaan apabila dihampiri dua lelaki yang kemudian melepaskan tembakan ke arahnya.

“Suspek yang menaiki motosikal dipercayai melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa dan salah satu tembakan mengenainya.

“Akibat tembakan itu, mangsa cedera di paha kiri dan suspek kemudiannya melarikan diri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini, hari ini.

Beliau berkata kontraktor itu kemudian bertindak menaiki kenderaannya untuk ke sebuah pusat perubatan di sini, bagi mendapatkan rawatan.

Mohd Zani berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Kami akan ambil keterangan mangsa dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: kes tembakkontraktor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

17/02/2026
0

BESUT: Seorang kontraktor rugi RM107,995 terpedaya dengan tawaran tender projek tidak wujud. Lelaki berusia 47 tahun itu membuat laporan polis...

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd