• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KM Melaka Terbabit Kemalangan Kecil Di Lebuhraya Plus

oleh Ahmad Albab
28/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan kecil di KM 268 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Kawasan Rehat Seremban, semalam.

Dalam kejadian pukul 6.50 petang itu, kereta dinaiki oleh Idris bersama pemandu dan pengawal peribadinya melanggar belakang sebuah kereta yang dikatakan secara tiba-tiba mengubah laluan.

Idris, dalam kenyataan menerusi ‘Whatsapp’ malam tadi, berkata ketika kejadian, beliau dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Beliau berkata ketika tiba di tempat kejadian sebuah kereta tiba-tiba mengubah laluan tetapi pemandunya sempat membrek tetapi gagal mengelak lalu melanggar bahagian belakang kereta tersebut.

Menurutnya, selepas kemalangan itu, beliau menyambung perjalanan dengan menaiki sebuah lagi kereta dipandu oleh pegawai lain dan sempat menghadiri majlis jamuan malam sempena pelantikan Tun Mohd Khalil Yaakob sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi penggal keempat di sini.- BERNAMA

Tags: Idris Haron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Melaka Mengundi: Idris Haron Kecundang Di DUN Asahan (Tidak Rasmi)

20/11/2021
0

PETALING JAYA : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Idris Haron kecundang di Dewan Undangan Negeri...

Royalti Pasir Melaka: SPRM Rakam Percakapan Idris Haron

08/10/2021
0

MELAKA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka telah merakam percakapan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengenai dakwaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd