• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KFA Tolak Tajaan D’Herbs Bernilai RM30 Juta

oleh Ahmad Albab
04/05/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) hari ini menolak tawaran tajaan Syarikat D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd (D’Herbs) yang bernilai RM30 juta.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata keputusan penolakan tajaan itu dibuat selepas mendapati ada beberapa syarat yang ditetapkan oleh pihak penaja sukar untuk diterima KFA.

“Selepas perbincangan dibuat dalam mesyuarat pengurusan KFA, kami dapati ada beberapa syarat yang ditetapkan oleh D’Herbs tidak boleh diterima dan dilihat boleh menyukarkan pihak KFA, namun isi kandungan syarat tidak boleh diberitahu.

“Walaupun tajaan tidak diteruskan, KFA berterima kasih kepada pihak D’Herbs atas kesudian untuk membantu menaikkan imej KFA dan berharap jalinan kerjasama dapat diteruskan dalam bentuk medium yang lain,” katanya dalam sidang media di Stadium Darul Aman hari ini.

Pada 23 April lalu, Pengasas D’Herbs Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengesahkan D’Herbs bersetuju taja RM30 juta untuk tempoh tiga tahun untuk program pembangunan bola sepak serta membaiki Stadium Darul Aman.

Aminuddin berkata buat masa ini KFA tidak menerima sebarang tawaran penajaan daripada mana-mana syarikat dan masih mempunyai alternatif lain untuk menggerakkan persatuan seperti musim-musim sebelum ini.

“Walaupun tanpa tajaan, ia tidak akan menjejaskan sumber kewangan KFA. Namun kami sedar sudut kewangan memang diperlukan bagi membolehkan kami menampung perbelanjaan seperti mencari pemain berkaliber dan memastikan keselesaan pemain terjaga.

“Jadi KFA sentiasa terbuka untuk menerima sekiranya ada mana-mana syarikat yang ingin menaja, namun syarat-syarat yang ditetapkan perlu diterima oleh kedua-dua pihak demi kepentingan masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Aminuddin berharap agar semua peminat Kedah memahami keputusan yang diambil KFA berhubung penolakan tajaan itu kerana pihak KFA mempunyai iltizam yang sama seperti peminat iaitu untuk melihat skuad Helang berjaya.

“Kami faham peminat pasti kecewa dengan keputusan KFA, tetapi kami ingin pastikan pasukan bola sepak kami berjaya dan Presiden KFA Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah juga akan mencari jalan untuk terus memantapkan bola sepak Kedah,” katanya. – BERNAMA

Tags: dherbs
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aliff Syukri Balas Balik Komen Pedas Chef Wan

30/07/2017
0

KITA rehat sekejap dengan story kontroversi pasal Aliff Aziz yang tengah panas. Jom sekarang kita beralih pula kepada seorang lagi...

Polis Dapat Cekup 3 Suspek Kes Curi Aliff Syukri

21/06/2017
0

POLIS telah menahan tiga suspek disyaki terbabit mencuri wang tunai dan barang berharga bernilai RM100,000 milik Pengarah Urusan D'Herbs Holding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd