• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Geng Rem Sawit Maut Ditembak Polis

oleh Ahmad Albab
31/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang lelaki yang dipercayai ketua kumpulan samun ‘Geng Rem Sawit’ ditembak mati oleh anggota polis di Lebuhraya Ipoh-Lahad dekat Taman Lahad Indah, kira-kira 13 kilometer dari sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, sepasukan anggota polis pada mulanya bertembung dengan suspek yang sedang menunggang motosikal.

“Menyedari kehadiran polis, suspek yang berumur 24 tahun itu secara tiba-tiba melepaskan dua das tembakan ke arah anggota polis apabila dia cuba ditahan.

“Salah satu tembakan suspek telah mengenai pintu kereta peronda. Dalam usaha mempertahankan diri, anggota polis telah membalas tembakan dan terkena pada badan suspek,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata susulan kejadian itu, pihak polis turut melakukan dua serbuan berasingan di Ipoh dan Batu Gajah kira-kira pukul 2 pagi tadi bagi mengesan anggota kumpulan terbabit.

“Hasilnya polis berjaya menahan dua lelaki berumur 26 dan 33 tahun. Kedua-dua supek dan lelaki yang ditembak itu mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk dadah, bunuh dan samun,” kata Hasnan.

Beliau berkata geng berkenaan dikesan aktif melakukan samun sekitar Ipoh, Batu Gajah, Kampar dan Tapah mulai awal tahun ini.

“Kumpulan ini turut terlibat dalam satu kes samun di pejabat timbangan sawit di Tapah yang menyebabkan kerugian lebih kurang RM30,000,” katanya.

Beliau berkata polis kini sedang mengesan beberapa lagi anggota kumpulan itu yang masih bebas. – BERNAMA

Tags: kes samunkes tembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd