• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Pertama 4 Maut Pesawat Terhempas Akibat Langgar Helang

oleh
07/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Sebuah pesawat kecil dilaporkan berlanggar dengan seekor burung helang sebelum ia terhempas dan langsung terbakar, mengorbankan empat orang termasuk penumpang di dalamnya.

Insiden pelik itu berlaku di bahagian utara bandar raya Anchorage pada bulan lalu, menurut pihak berkuasa negeri Alaska dan merupakan kes nahas udara pertama seumpamanya yang direkodkan di Amerika Syarikat (AS).

Media tempatan melaporkan pesawat malang itu berlanggar dengan seekor unggas helang dari spesis ‘bald eagle’, menurut pegawai penyiasat Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB), Shaun Williams.

Sebelum ini, terdapat beberapa insiden lain apabila pesawat terhempas setelah berlanggar dengan burung helang, namun ia hanya menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius, tambah beliau lagi.

eagle1

Bangkai burung helang itu turut dijumpai NTSB di bahagian ekor pesawat tersebut, ujar Williams. Kebakaran yang tercetus selepas pesawat itu terhempas menjadikannya sukar untuk mengenal pasti mangsa.

Namun bukti forensik pula menunjukkan bahawa pertembungan tersebut berlaku akibat burung helang itu merempuh agak laju dan terlanggar ekor pada pesawat berkenaan secara tidak sengaja.

Jika benar, ia mungkin membuatkan pesawat tiba-tiba berubah hala atau pertembungan tersebut merosakkan bahagian ekor pesawat, sehingga menyebabkan masalah kawalan kepada juruterbang.

Williams menambah, pihak NTSB sedang menyiasat punca sebenar kejadian berkenaan. Juruterbangnya dan juruterbang kedua, serta dua penumpang, terkorban dalam kemalangan yang berlaku pada 20 April.

eagle2

Insiden tersebut terjadi berdekatan dengan sebuah lapangan terbang kecil sekitar 32 kilometer ke utara Anchorage. Pada ketika itu mereka sedang menjalankan tinjauan udara bagi sebuah firma swasta tempatan.

Keempat-empat mereka yang terbunuh ialah George Kobelnyk, 64 tahun (juruterbang); Christian Bohrer, 20 tahun (juruterbang kedua); dan dua penumpang, Sarah Glaves, 36 tahun dan Kyle Braun, 27 tahun.

Kebanyakan serpihan pesawat dijumpai di sebuah daerah yang terdapat banyak pokok dan kebakaran akibat terhempas menyebabkan sebahagian besar badan pesawat malang itu hancur musnah sepenuhnya.

Menurut Jabatan Perikanan dan Pertanian Alaska, wilayah itu mempunyai jumlah burung helang spesis ‘bald eagle’ yang paling banyak dijumpai di Amerika Utara iaitu sekitar 30,000 ekor. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: AlaskaAmerika Syarikathelang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Empat Tentera AS Disahkan Maut Selepas Pesawat KC-135 Terhempas Dalam Operasi Perang Iran Di Iraq

Empat Tentera AS Disahkan Maut Selepas Pesawat KC-135 Terhempas Dalam Operasi Perang Iran Di Iraq

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BAGHDAD – Sekurang-kurangnya empat anggota tentera Amerika Syarikat disahkan terbunuh selepas sebuah pesawat pengisian minyak udara KC-135 Stratotanker...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd