TUBUH fizikal pelakon Shaheizy Sam dikatakan turun mendadak sejak akhir-akhir ini lebih-lebih lagi ketika membuat kemunculan sebagai juri tetap program Maharaja Lawak Mega 2016 yang sudah pun melabuhkan tirainya, Jumaat lalu.
Lalu, terdengar kata-kata nakal, takkan isterinya, Syatila Melvin tak jaga makan minum suaminya sejak mereka berkahwin 8 Februari lalu?
Haip, jangan salah sangka, rupa-rupanya Sam kini sedang dalam proses menurunkan berat badan demi tuntutan watak dalam filem terbaharu lakonannya.
Aktor berusia 34 tahun itu menulis di laman Instagram, “Ramai bertanyakan Sam ‘kenapa kurus sangat, Sam sakit ke?’ dan ada juga yang kata, ‘janganlah kurus sangat, tak kacak’. Jawapannya kerana tuntutan kerja. Alhamdulillah, Sam sentiasa sihat”.

